Rekacipta Lampu Solar

Monday, August 8, 2011

Rekaan lampu berasaskan LED yang dikuasakan oleh tenaga matahari (lampu solar) untuk pencahayaan kawasan kediaman. Walaupun versi ini direkabentuk untuk pautan pada dinding, ianya boleh diubahsuai dengan mudah untuk lain-lain bentuk pemasangan.

Rekacipta.net - Lampu Solar 01
Menghasilkan rekacipta berasaskan tenaga boleh baharu (renewable energy / teknologi hijau) bukanlah perkara yang sukar. Sesiapa sahaja mampu berekacipta asalkan mempunyai kemahuan. Rekaan lampu solar ini diharap dapat memberi inspirasi kepada anda untuk bereksperimentasi dan bermain dengan idea rekacipta berasaskan tenaga boleh baharu.

Rekaan lampu solar ini menggunakan solar panel (panel Photovoltaic / PV) buatan sendiri yang digunakan untuk mengecas bateri Asid-Plumbum (Lead-Acid) melalui teknik yang dikenali sebagai Trickle Charging.

Artikel Berkaitan: Panduan Praktikal Sel Solar (Photovoltaic Cell)

Litar pensuisan bertindak mengecas bateri di waktu siang dan akan menyalakan lampu LED secara automatik apabila mengesan cahaya persekitaran menjadi malap. Tahap sensitiviti / kepekaan pengesanan cahaya pula boleh dilaras melalui tombol pada bahagian hadapan lampu.

Rekacipta.net - Lampu Solar 03
Lampu LED menyala apabila persekitaran menjadi malap/gelap. Semakin gelap keadaan persekitaran, semakin terang cahaya lampu.


Rekacipta.net - Lampu Solar pautan dinding
Pemasangan lampu solar di dinding rumah.

Kedudukan dan penghalaan lampu boleh dilaras pada paksi mendatar dan menegak bagi membolehkan fokus pencahayaan di tempat yang anda ingini.



Rekacipta.net - bahagian lampu solar
Bahagian-bahagian pada lampu solar yang telah siap. Tali yang dapat dilihat pada lampu membolehkan lampu dimatikan dan dinyalakan (secara manual) apabila dipaut pada tempat tinggi. Tarik untuk ON, dan tarik sekali lagi untuk OFF (Pull ON - Pull OFF switch). Klik imej di bawah untuk paparan yang lebih besar.

Rekacipta.net - Lampu Solar malam hari Rekacipta.net - lampu solar pandangan sisi Rekacipta.net -  lampu solar pandangan hadapan Rekacipta.net - Lampu Solar 02








Solar Panel Ready Made vs Solar Panel Buatan Sendiri


Anda boleh dikira amat bernasib baik jika menemui panel solar yang memberikan rating voltan dan arus yang sepadan dengan keperluan rekaan anda.

Realitinya, panel solar ready-made yang boleh diperolehi di pasaran Malaysia datang dengan pilihan-pilihan rating kuasa yang begitu terhad (5W, 10W, 20W, 30W dsb). Satu contoh solar panel 5W yang boleh diperolehi di pasaran memberikan rating 17.82V dan 285mA (rating voltan dan arus ini berbeza-beza bergantung kepada jenis dan pengeluar).

Kerapkali rating ini tidak berpadanan dengan keperluan rekaan anda. Untuk tujuan pemadanan, tenaga elektrik yang dijana oleh solar panel tersebut perlu melalui proses perubahan (conversion) agar menepati keperluan litar. Malangnya proses conversion bukanlah suatu proses yang cekap dan akan mengakibatkan kehilangan tenaga (loss) yang tinggi.

Anda boleh membuat tempahan solar panel yang menepati keperluan rekaan anda secara terus dari pengeluar namun melainkan anda mempunyai wang saku yang banyak, kos yang terlibat adalah terlalu tinggi dan tidak masuk akal untuk projek sebegini.

Atas faktor-faktor yang dinyatakan inilah pendekatan menghasilkan panel solar sendiri adalah pilihan yang lebih praktikal.

Rekacipta.net - sel solar photovoltaic
Solar panel dibina menggunakan unit-unit kecil sel solar dengan rating 5V, 50mA.

Unit sel solar ini memberikan prestasi lebih baik berbanding sel solar yang diuji sebelum ini dimana di bawah matahari yang terik, ia mampu menjana sekitar 5.13V dan 57mA. Pelantar panel diperbuat daripada plat akrilik (Acrylic)  yang dipotong menjadi segiempat sama dan digerudi untuk memberikan akses kepada contact point setiap sel solar.

TIPS: Sel solar yang mudah diperolehi di Malaysia mempunyai rating 5V-30mA, 5V-50mA, 5V-100mA, 12V-50mA dan 12V-100mA. Uji terlebih dahulu sel solar tersebut sebelum membuat pembelian dalam jumlah banyak kerana kerapkali prestasi sel solar yang dijual tidak berupaya mencapai rating yang dijanjikan.

Rekacipta.net - membina panel solar
Sebelum membina panel, bahagian belakang sel solar disusun dan ditampal dengan pita pelekat bagi mengelakkan ia bergerak. Sel-sel ini kemudiannya dilekatkan pada permukaan plat akrilik.


Penyambungan wayar kepada setiap sel adalah secara kombinasi selari dan bersiri.


Rekacipta.net - solar panel yang telah siap
Panel solar yang telah siap. Sisi solar panel di rivetkan dengan stok aluminum “L” bar. Bahagian atas solar panel diletakkan Phototransistor untuk pensuisan dan pengesanan cahaya. Di bawah sinaran matahari terik, solar panel ini mampu menjana sekitar 2.6 Watt.



Pemilihan Bateri Simpanan Tenaga


Bateri simpanan berfungsi menyimpan tenaga elektrik yang dijana oleh solar panel di waktu siang, dan berfungsi membekalkan tenaga yang tersimpan tersebut untuk menyalakan lampu LED di waktu malam.

Terdapat pelbagai jenis bateri di luar sana, namun bateri-bateri daripada jenis Asid Plumbum (Lead-Acid), Nickel Cadmium (Ni-Cad), Lithium-Ion (Li-Ion), Lithium Polymer (Li-Po) dan Nickel-Metal Hydride (Ni-Mh) boleh dicas semula (rechargeable).

Daripada kesemua jenis bateri ini pula, bateri jenis Ni-Cad dan Li-Ion memerlukan arus dan voltan yang malar serta litar kawalan pengecasan agar ianya dapat dicas dengan selamat tanpa risiko terlebih cas (overcharging). Kedua-dua bateri ini tidak begitu sesuai digunakan untuk aplikasi rekacipta berkaitan solar kerana keamatan cahaya matahari sentiasa berubah-ubah dan tertakluk kepada keadaaan cuaca.



Rekacipta.net - contoh bateri boleh dicas semula
Contoh-contoh bateri yang boleh dicas semula (rechargeable). Contoh bateri Ni-Cad dalam foto di atas dileraikan daripada sebuah lampu solar murahan dari China yang hanya dapat bertahan sekitar 2 bulan sebelum rosak.

Bateri Ni-Mh dan Lead-Acid pula mempunyai toleransi yang tinggi terhadap arus pengecasan yang berubah-ubah. Dengan menggunakan teknik yang dikenali sebagai Trickle Charging, bateri Ni-Mh dan Lead-Acid dapat dicas dengan selamat (tanpa risiko terlebih cas) tanpa menggunakan litar kawalan selagi arus pengecasan adalah tidak melebihi 10% rating arus bateri tersebut.

Jika dibandingkan prestasi antara bateri Ni-Mh dan Lead-Acid, bateri jenis Lead-Acid mempunyai keupayaan kapasiti menyimpan cas yang lebih tinggi berbanding Ni-Mh. Mengambilkira kesemua faktor ini, bateri Lead-Acid adalah pilihan paling ideal untuk untuk rekacipta sebegini, dan tidak hairanlah ia juga digunakan dengan meluas di dalam aplikasi-aplikasi tenaga solar komersil.

Bateri Lead-Acid yang mudah diperolehi di pasaran Malaysia adalah dengan rating 6V dan 12V (dengan dimensi fizikal dan rating arus yang berbeza).

 Rekacipta.net - bateri dan litar pensuisan
Perumah lampu yang memuatkan litar dan bateri. Saya memilih bateri Lead-Acid 6V (rating paling rendah dan agak mudah diperolehi). Rating arus bagi bateri ini adalah 4.5AH (Amp Hour). Maka ianya dapat dicas melalui teknik Trickle Charging dengan arus tidak melebihi 450mA ( 10% rating arus bateri).

Nilai voltan dan arus yang dilabelkan di bahagian Charging Instruction bateri di atas adalah panduan bagi penggunakan litar pengecasan dari sumber elektrik malar (contohnya pengecas komersil yang menggunakan bekalan elektrik dari soket dinding) dan tidak boleh diaplikasikan secara terus untuk konteks Trickle Charging dan janakuasa tenaga boleh baharu.



Rekacipta.net - litar pensuisan
Litar pengecasan / pensuisan lampu solar.

 Rekacipta.net - skematik litar lampu solar2
Rajah skematik litar. Tujuh butir LED putih yang disambung secara selari membentuk lampu LED.


UPDATE - Mac 2012: Atas permintaan para pembaca, berikut adalah litar pengesacan solar paling ringkas yang boleh dibina. Ia merupakan litar pensuisan secara manual (menggunakan suis Single Pole Double Throw - SPDT). Secara idealnya, voltan daripada solar panel perlu sekurang-kurangnya 110% daripada voltan bateri, dan arus solar panel perlulah tidak lebih 10% arus bateri.


Contoh litar pengecasan solar yang ringkas.

Contoh suis Single Pole Double Throw (SPDT).


Weather Proofing

Pengkalisan cuaca atau wheather proofing adalah langkah tambahan bagi lampu solar yang akan diletakkan di persekitaran yang terdedah kepada elemen cuasa (seperti hujan, panas dan kelembapan). Cara paling mudah dan murah adalah dengan menyaluti komponen eletronik serta menutup segala lubang dan penyambungan dengan menggunakan hot melt glue / glue gun.


NOTA: Oleh kerana lampu ini bergantung kepada cahaya matahari yang senantiasa berubah-ubah dan sukar diduga, prestasinya juga berubah-rubah mengikut keadaan dan bergantung kepada nasib. Hujan dan litupan awan adalah musuh paling utama :)


Selamat berekacipta. Sebarang komen, soalan dan idea penambahbaikan adalah dialu-alukan.


Creative Commons Licence
Rekaan/karya ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. Anda bebas mereplikasi, meniru, mengubahsuai atau menghasilkan rekaan/karya terbitan dengan syarat rekaan/karya tersebut haruslah turut dikongsi secara terbuka (Share Alike). Rekaan/karya ini bebas digunakan untuk apa sahaja tujuan selain untuk tujuan komersil (Non Commercial), dan memberi pengiktirafan kepada laman rekacipta.net sebagai sumber rekaan/karya asal (Attribution).



61 comments:

Anonymous said...

cantik lampu solar nih. brapa kosnya?.. bleh buatkan utk saya tak?.. hihi.

Chein said...

Kos keseluruhan dalam RM100 lebih :) Sel solar dan bateri yang mahal..

Anonymous said...

bolek tak sy nk tahu lebih detail pasal projek ni??ni email sy libraboy35@gmail.com....thnxs for sharing :)

Chein said...

Apa detail yang ingin diketahui tu?

Diharap boleh bertanya di sini atau di ruangan forum, semoga sama-sama dapat berkongsi maklumat dan belajar :)

mike said...

Menarik gak ne diy lampu solar ne.Tt tak buat tutorial unutk solar untuk rumah atau untuk guna gadjet yang lebih besar

DEZAMAN COTTAGE said...

blog bro memang terbaik!!!! superb!!!!

Anonymous said...

bro.. nak tanya sikit pasal litar pensuisan. Biasanya litar tersebut didapati/boleh dibeli dalam keadaan siap pasang ke? dah memang automatik boleh mengesan kemalapan. Tq! memang info yg baik..

Chein said...

@anon
litar di atas tu litar rekaan sendiri.

ada dijual pakej solar komersil tapi rating tenaga lebih tinggi, dan perlu beli seluruh set (controller, solar panel, bateri, lampu) kalau tak salah saya dlm RM800 - 1000 satu set.

Alternatif lain adalah leraikan daripada lampu solar (solar garden light) murahan dlm RM20-30 dan modify litar tu. Lampu sebegini tak guna phototransistor sebaliknya guna solar cell tu sendiri untuk mengesan kemalapan. keburukan lampu yang mengesan kemalapan cara ni adalah ia cenderung untuk menyala walaupun sekadar cuaca mendung (cepat habis bateri).

meni_5555 said...

encik..photo transistor tu kalau digantikan dgn LDR boleh tak?

Chein said...

@meni

boleh guna LDR /photodiode, cuma dua-dua komponen ni kurang sensitif berbanding phototransistor.

imram said...

casing kat mana ada jual?

Puteri said...

encik..blh x sy beli dgn awk je?

Anonymous said...

boleh beli di mana ye..???

Chein said...

@puteri, @anon

lampu ni tak dijual, rekaan ini diterbitkan secara "open source" maka sesiapa sahaja bebas mereplikasi rekaan lampu ini berdasarkan panduan yang diberikan..

ramsari said...

macam mana nak buat Litar pengecasan / pensuisan lampu solar.
Tuan ada buat utk pasaran - jual/brapa harga

Anonymous said...

sya student poli... sya nk projek inovasi utk sem akhir... cadangkan 1 projek utk sya.... yg lampu solar ni pown ok gak... putra_hanif90@yahoo.com

Anonymous said...

litar skematik yg tu jer ke....

Anonymous said...

bateri tersebut mempunyai jangka hayat berapa tahun?

Anonymous said...

Encik bleh sya tnya skit,phototransistor tu 3-pin kan...base terminal tu mcm mna sambungan dia dan apa model yg dignakan?

Chein said...

Walaupun ada 3 pin, base pin tak digunakan/disambung ke mana2, cuma guna 2 pin shj (collector dan emitter)

Anonymous said...

Brpakah value resistor yg connect to led tu, 7.5K ke ?

Anonymous said...

macam mne dengan advantage lampu solar ni??

Anonymous said...

hai chen..

saya berminat nak buat projek sebegini.. but how to start? i mean, barang2 yg perlu ada dan mana nak beli PV cell tu?

my email- aiz_dean@hotmail.com

thanks for helping ya..

sofwan soplan said...

hai chein,,,tlg tunjuk aja saya mengenai pengecasan solar penal.sy ada buat 1 projek yg berkaitan dgn solar,. boleh x solar penal 12v 5 watt mengecas beteri 12v 7.2 amp,.??mcm mne care litr pngecasan utk btri tu??

Chein said...

kena uji dulu benarkah solar panel tu bole jana 12V dan 5watt (12v dan 416mA).. cuba ukur voltan dan arus bawah matahari terik.. voltan ideal untuk solar panel mengecas bateri 12V adalah 14V, kalau kurang dari 14V tetapi lebih drpd 12V masih boleh charge, cuma lambat sikit.. arus pula asalkan arus dijana solar panel tidak lebih arus pengecasan max yg ditulis pada bateri, ia boleh dicas dengan selamat tetapi perlu ada litar kawalan untuk elak overcharging.. kalau arus dari solar panel kurang daripada 720mA (1/10 arus bateri), maka tak perlu litar kawalan overcharging.

litar pengecasan paling ringkas, sambung terminal (-) solar panel kepada (-) bateri. sambung pula (+) solar panel kepada anod sebutir diod, dan sambung katod diod kepada (+) bateri. Diod memastikan arus mengalir dari solar panel ke bateri secara sehala dan dapat cas bateri. Dan diod ini juga akan halang arus tiris keluar dari bateri (arah berlawanan) ke solar panel.

Anonymous said...

encik, bleh terangkan fungsi phototransistor dlm prototype ni???sy confuse skt tentangnya

Chein said...

fungsi phototransistor untuk ON lampu secara automatik bila gelap.. kalau takde photo transistor, maka perlu ada suis untuk (secara manual) ON lampu..

phototransistor tiada kena mengena dengan fungsi pengecasan

MUHAMAD YAHYA RAZIFF said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

chen sya maw buat sebuah pondok yang menggunakan tenaga solar..dlam pondok tersebut sya maw letak 2 plug..supaya boleh pakai untuk cas laptop..berapakan la agak saiz volt solar yang pelu ddigunakan??

eddy kurniawan said...

selain pelantar panel yg dinyatakan adalah lagi yg terbaik??? dimana mahu beli itu plntar panel??

faiha' ibtisam said...

en.nak tnya selain lampu solar 2...kta blh reka untuk jd lmpu tido jgk kn...dgn menggunakan solar...brpa hrga????

sofwan soplan said...

hey chein..ad lg satu masalah sy berkenaan projek sy,..boley x dlm 1 litar ,,ad solar penel utk cas betery ,dlm mse yg sme,sy gunekn betry utk gerak kn atuator ,,?mcm mne cra wiring diagram uktk litar tersebut

Chein said...

@sofwan

cara mudah adalah guna toggle switch atau google "single pole double throw switch" (spdt switch), masa panel mengecas bateri, putuskan litar dari bateri ke actuator.. masa nak gerak actuator pulak, putuskan litar dari panel ke bateri (hentikan pengecasan).

premkumar said...

can i know where you buy the solar panel

premkumar said...

can i know where you get solar panel and i want it also because i also doing project by using solar panel.

sofwan soplan said...

owh,..ok jgk idea tu,..utk mngecas betry mgunakn solar penal,..cahaya optimum diperlu kn dlm satu mse,..ngera kte hnya mndapt cahaya optimum dalam 3 ke 4 jam sehari,..akn tetapi,..pada masa 3 ke 4 jam itu,(pd mase yg sama) sy perlu mengerakan actuator sy,..adkah cara lain uttk mengatasi masalah ini??? *mf,sy bkn dlm bidang ini,..tp terpkse laku kn projek ini *mohon bimbingan

Chein said...

@sofwan

perlu guna 2 bateri (bateri A dan B).

semasa bateri A di cas, toggle suis agar bateri B yang jalankan motor.

Bila bateri B dah lemah, toggle suis agar solar panel cas bateri B pula, motor pula dijalankan oleh bateri A.

Boleh gantikan suis SPDT dengan suis Double Pole Double Throw (DPDT)

Chein said...

@premkumar

Solar panel can be purchased from shops in Jalan Pasar KL or get it online from local online suppliers (ie http://www.solarpower-mart.com)

sofwan soplan said...

chein,... nk gune diod yg jns mcm mne kalau sy gune solar penel 12v 5w ??adakah kne gune diod 12v5w juga ???kalau ya,..kt kdai hye ad jual diod 12v1w ??mcm mane??

Chein said...

@sofwan diod seperti 1N4001 boleh digunakan, senang dapat di semua kedai elektronik (dlm 60 sen sebiji, kalau tak salah)

sofwan soplan said...

hanya perlu gune 1 diod sahaja ke??

Chein said...

@sofwan 1 bateri = 1 diod, dua bateri maka 2 diod

Anonymous said...

hi.... boleh ker saya tahu kendalian litar ini.. dan bolehkah transisto pnp tip30c ini ke tip32c

Chein said...

TIP30 boleh diganti dengan TIP32

Anonymous said...

hi chin saya telah cuba buat litar ini mengikut litar yang anda berikan tapi nampaknya mcm litar ini tidak berfungsi. Semua komponen pada ikut lukisan litar kecuali transistor saya gantikan dgn TIP32C. Adakah litar yg diberikan hanYA sebahagia sahaja. Saya sGT berminat dgn projek ini harap anda boleh membantu.

MUHAMAD YAHYA RAZIFF said...

hello..boleh trangkan sikit macam mna circuit ni works? bila phototsistor trkena cahaya, resistor akn menurun kn,then?

Chein said...

bila photo transistor kena cahaya, arus akan melalui phototransistor. r1, r2 dan r3 berfungsi menghadkan agar arus ini adalah amat kecil. arus ini membuatkan pin base bagi transistor tip30 menjadi off, maka tiada arus mengalir antara collector-emitter, led tidak menyala.

bila tiada cahaya, tiada arus melalui phototransistor, pin base bagi transistor tip30 menjadi on akibat ditarik oleh terminal (-) bateri, arus mengalir antara collector-emitter, maka led menyala.

miracokelat said...

helo...boleh saya tanya.......sy studentpoli dan membuat projek tersebut....r4(7.5) brape nilai sebenar??/sy hendak membelinya tetapi tiada....boleh terangkan serbasedikit tentang litar tersebut...sy kurang faham sedikit......

miracokelat said...

en...boleh cerita lebih tentang lampu solar ini

Anonymous said...

hebat..blh tak sy nak tau detail barang cara2 nak buat lampu solat ni dan apa yg diperlukan mcm tentang brg2 yg ada pada litar tu,sbb sy ni bukan ada pngetahuan tntang elektronik.tapi sy nak cuba buat la..mau berjinak dlm bidang ni.tq..

hares said...

lampu solar ni bole menyala berapa lama? bole 12jam (7pm-7am)?

Anonymous said...

macam mana nak dapatkan barangan utk lampu solar ni ?

Khairul Ikhwan said...

bro,nk tnye cket..bateri yang nk gune brpe volt nilainya??..n lampu ni perlu bpe watt tok nyale??

Anonymous said...

sy amat tertarik dengann projek ini,, jd nya lampu solar ni akan menyala apbila gelap dan ketika panas terik ia akan kembali tertutup? begitu ke? boleh email sy x untuk mengetahui lebih detail.

Anonymous said...

bagi projek nie, berapa lama LED boleh menyala?

Azlan said...

saya belajar di salah sebuah Uni di UK, dan diberi tugasan utk individual project, bebas. Saya tertarik dengan renewable energy seperti model di atas. Jika tidak keberatan, boleh tak share dengan saya dan rakan2, cara untuk membina model ini step by step

Anonymous said...

bleh tolong bg sy keterangan tentang r4...sy telah membuat litar ini
tetap terdapat problem di r4.....led sy msih x bernyala dan final sy sudah hampir....tolong reply di ieyra_ict91@yahoo.com minta tong en sangat sebelum lusa

Chein said...

@anon

R4 berfungsi untuk menghadkan arus, bermakna jika tiada R4 (dipintas/bypass), led tetap boleh menyala, cuma ia akan cepat terbakar.

Satu cara untuk troubleshoot adalah dgn memotong penyambungan R2 ke R5

Setelah dipotong, andai kata bateri, led, TIP30 dan R4 tidak rosak, dan semua penyambungan adalah ok, dan led masih tak menyala berkemungkinan besar R1 yg bermasalah. Jika menyala, maka R2/R5/Phototransistor yg bermasalah/rosak.

FarSya said...

bleh x nak taw lbih detail sal projek ny...antar kt email ny zafiey@yahoo.com

Anak Muda said...

ada x alat pelaras kepekaan cahaya untuk 12v/DC

angah said...

untuk carge handphone gune solar xde ker?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...