Pencahayaan sebegini meminimumkan kesan bayang dan membolehkan foto yang tajam serta jelas diambil tanpa menggunakan kelengkapan yang mahal. Oleh kerana kesemua komponen peti cahaya in dimuatkan di dalam sebuah kotak (self contained), ia mudah untuk dipindahkan dan tidak memerlukan sebarang set-up untuk digunakan. Hanya perlu pasangkan plug pada soket elektrik dinding dan ON.
Rekaan ringkas ini sesuai untuk mereka yang meminati bidang fotografi tetapi tidak mampu berbelanja besar, atau mereka yang tidak meminati bidang fotografi (seperti saya), tetapi masih inginkan cara yang murah dan mudah untuk mengambil foto makro dan foto produk dengan kualiti yang baik.

Objek yang ingin diambil fotonya diletak di tengah peti cahaya. Peti cahaya ini dilapisi dengan kertas latar berwarna putih. Warna kertas latar ini boleh ditukar kepada apa sahaja warna yang diingini.
Contoh foto yang diambil menggunakan peti cahaya ini (tanpa flash). Kamera yang digunakan adalah dari jenis Lumix point-and-shoot 8.1 megapixel model tahun 2007. Tiada bajet untuk kamera DSLR.
Satu lagi contoh foto diambil menggunakan peti cahaya ini, sebuah external hard drive.
Komponen Peti Cahaya
Komponen dan bahan bagi menghasilkan peti cahaya ini boleh diperolehi daripada sumber terbuang dan boleh dibeli dengan mudah daripada kedai-kedai hardware / elektrik.





