Kedai Besi Buruk dan Barangan Lusuh - Sumber Bahan Terbuang Untuk Projek Rekacipta

Saturday, March 26, 2011

Treasure trove for parts and components. Frasa yang menggambarkan kepelbagaian jenis komponen dan bahan yang boleh diperolehi di kedai-kedai besi buruk untuk projek rekacipta anda, dan ianya boleh diperolehi dengan harga yang sangat murah memandangkan ia pada dasarnya adalah bahan terbuang.

Amalan Dumpster Diving mungkin agak asing dan kekok untuk dilakukan di Malaysia, tetapi setidak-tidaknya kedai besi buruk memberi alternatif yang lebih baik.

Kebanyakan orang akan membuang barangan yang rosak tanpa mengetahui akan nilai komponen-komponen di dalamnya, manakala para pengusaha kedai besi buruk pula lebih berminat untuk meleraikan bahagian logam dan plastik untuk dikitar semula.

Oleh kerana peralatan seperti alat elektrik dan mesin agak rumit dan mengambil masa untuk dileraikan, ia umumnya akan dikumpul di satu bahagian menanti pembeli seperti anda.

Bagi seorang Tinkerer, Maker, pelbagai jenis alat, komponen dan mesin yang bergelimpangan cukup untuk membuatkan anda rambang mata :)

Rekacipta.net - Bahan terbuang - mesin faks pencetak  
Mesin faks dan pencetak Bubblejet di dalam foto atas saya perolehi pada harga RM15. Harga mengikut budi bicara dan mood penjual dan anda disarankan untuk tawar-menawar. Sebagai contoh, komponen yang boleh dileraikan dari kedua-dua peralatan di atas termasuklah beberapa buah stepper motor , set gear, transmission belt, syaf, tone generator dsb. Komponen-komponen ini sekiranya dibeli secara berasingan boleh mencecah harga ratusan ringgit di pasaran.

Berikut adalah sebahagian contoh bahan terbuang yang boleh diperolehi di kedai besi buruk yang sering saya kunjungi

Eksperimen Menghasilkan Troli Perentas Hadangan, Pemanjat Tangga

Saturday, March 19, 2011

Eksperimentasi menghasilkan rekacipta troli elektro-mekanikal perentas hadangan oleh Hustlaz2k, seorang petani moden yang juga merupakan Tinkerer, Maker akar umbi Malaysia.

Ia dibina bagi mempunyai dua mode operasi iaitu bagi gerakkan pada permukaan rata, dan gerakkan memanjat bagi permukaan bertingkat seperti tangga.


Projek Rekacipta Retrofit – Jigsaw Kepada Bandsaw

Saturday, March 12, 2011

Projek retrofit yang cukup ringkas bagi mengubahsuai sebuah jigsaw dan sebuah meja televisyen murahan kepada sebuah bandsaw yang versatile.

Proses menghasilkan rekacipta dalam keadaan kekurangan sumber, serta ketiadaan akses kepada peralatan, komponen dan bahan merupakan masalah utama bagi Tinkerer, Maker di peringkat akar umbi.

Sehubungan itu, diharap retrofit ini dapat memberi inspirasi bagi menambahbaik kemampuan peralatan sedia ada, terutama bagi mereka yang mempunyai bajet yang terhad.

rekacipta - jigsaw kepada bandsaw 04

Latar Belakang

Untuk membuat pemotongan membulat atau berlengkok (sama ada untuk projek rekacipta, kraf, rekaan perabot dsb) memerlukan penggunaan sebuah gergaji jig (Jigsaw). Pelbagai model jigsaw boleh diperolehi di pasaran tempatan dan bergantung kepada model dan jenama, ianya boleh diperolehi pada harga serendah RM200.

Namun sekiranya anda biasa berkerja dengan sebuah jigsaw, anda akan sedar bahawa adalah sukar untuk mengawal sebuah jigsaw bagi membuat potongan yang lancar. Terutama apabila potongan melibatkan corak atau lengkok yang halus dan rumit.

Proses memotong memerlukan kestabilan dan kordinasi tangan yang amat baik bagi menghasilkan potongan yang tepat dan licin.Untuk tujuan seperti ini, biasanya sebuah bandsaw digunakan. Malangnya, harga sebuah bandsaw di pasaran Malaysia boleh mencecah ribuan ringgit.


Sebuah bandsaw membebaskan kedua-dua tangan anda untuk mengawal objek yang ingin dipotong sekaligus membolehkan kawalan yang lebih baik. Dengan ini, anda berupaya menghasilkan potongan yang lebih tepat dan terperinci, satu keperluan penting dalam apa jua projek rekacipta.

Panduan Praktikal Sel Solar (Photovoltaic Cell)

Saturday, March 5, 2011

Sel solar turut dikenali sebagai sel suria atau photovoltaic cell (atau PV cell, Solar Cell) seperti yang umum diketahui menukar tenaga cahaya kepada tenaga elektrik. Sel solar / suria bersaiz kecil seperti di dalam foto di bawah sesuai untuk eksperimentasi anda dan projek rekacipta skala kecil.

Artikel berkaitan: Rekacipta Lampu Solar

Saya tidak akan bercerita panjang lebar mengenai konsep fizik di sebalik sel solar kerana terlalu banyak bahan di internet yang boleh dirujuk, sebaliknya akan memberi fokus kepada panduan praktikal. Di harap artikel ini dapat membantu anda di dalam sebarang projek eksperimentasi, DIY dan rekacipta berkaitan tenaga solar dan teknologi hijau.

sel solar 4
Contoh-contoh di atas adalah sel solar yang boleh diperolehi di Malaysia dengan agak mudah. Bagi projek rekacipta yang memerlukan  rating kuasa yang lebih tinggi, kombinasi beberapa sel solar boleh disambung secara bersiri, atau selari bagi membentuk panel solar (solar panel). Teknik ini adalah lebih sesuai di dalam menghasilkan dimensi dan rating kuasa panel solar yang menepati keperluan rekacipta anda, berbanding pengunaan panel ready-made.


Kebanyakkan unit yang biasa kita lihat dipasang di bumbung rumah-rumah, di unit telefon kecemasan di lebuhraya dan di mesin bayaran tempat letak kereta adalah unit-unit sel solar yang dibentuk menjadi panel solar (gabungan beberapa unit kecil sel solar).


Sel solar bersaiz 2 inci x 2 inci di bawah saya perolehi RM9. Pembelian impulsif dan diperolehi di Nixie Electronics, Jalan Landak, Off Jalan Pasar, Kuala Lumpur.

UPDATE: Sel solar dengan saiz yang sama juga kini boleh diperolehi pada harga serendah RM7

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...