Panduan Magnet Ferrite, Alnico dan Neodymium Untuk Projek Rekacipta

Saturday, January 29, 2011

Panduan pemilihan magnet kekal yang bersesuaian untuk projek rekacipta anda. Umumnya anda akan dapati mencari magnet kekal yang sesuai merupakan proses yang memeningkan kepala kerana magnet yang menepati saiz, bentuk atau kekuatan yang spesifik sukar diperolehi secara off-the-shelf di Malaysia melainkan magnet perhiasan dan mainan.

Meskipun pilihan dalam negara adalah terhad, ianya boleh diperolehi dari pembekal online yang hampir kesemuanya dari luar negara.


Janies-Jenis Magnet


Magnet Ferrite / Seramik

Magnet yang paling mudah diperolehi adalah dalam bentuk Ferrite (juga dikenali sebagai magnet seramik). Ianya boleh diperolehi secara surplus daripada pembesar suara, motor DC, magnet perhiasan (cth magnet peti sejuk) dan pelbagai sumber bahan terbuang.
 Rekacipta.net - Magnet perhiasan dan alat tulis
Magnet yang boleh diperolehi di kedai alat tulis. Kesemua magnet di atas adalah dari jenis Ferrite.

Rekacipta.net - Magnet Ferrite Seramik
Magnet Ferrite yang diperolehi daripada pembesar suara, dan motor DC. Foto di atas menunjukkan dua jenis rekabentuk iaitu ring dan arc. Magnet berbentuk arc biasanaya digunakan dalam motor DC

  Rekacipta.net - Magnet Ferrite Fleksibel
Jalur magnet ferrite fleksibel dileraikan dari sealer pintu peti sejuk, ianya juga boleh diperolehi secara off-the-shelf dalam panjang terhad (sekitar 15cm) di kedai alat tulis tertentu.


Untuk projek rekacipta tertentu contohnya untuk rekaan turbin / janakuasa elektrik, magnet berkekuatan tinggi adalah pilihan lebih baik berbanding magnet Ferrite.


IKEA Hack – Rekacipta dan Inovasi Perabot Secara DIY

Thursday, January 20, 2011

IKEA Hack adalah satu cabang rekacipta dan inovasi perabot (kelengkapan, perhiasan, dsb) yang melibatkan peleraian, retrofit, pengabungan serta pengubahsuaian produk-produk ready-made yang dihasilkan oleh IKEA menjadi sesuatu rekaan produk yang baru.

Fenomena IKEA Hack berkembang menjadi satu niche rekacipta dan inovasi tersendiri berikutan sifat modulariti produk-produk keluaran IKEA, serta kesamaan model-model produk yang dipasarkan meskipun di negara-negara yang berbeza.

Bahkan di sesetengah negara, IKEA Hack telah  turut berkembang menjadi satu cabang industri kecil yang menjadi sumber pendapatan kepada golongan Tinkerer, Maker, Hacker, dsb peringkat akar umbi.

Ciri-ciri modulariti produk IKEA membuatkan rekaan dan pengubahsuaian mudah untuk dihasilkan, manakala persamaan model produk membolehkan sesuatu rekaan direplikasi dan ditambahbaik oleh mana-mana IKEA Hacker yang lain yang mempunyai akses kepada produk-produk IKEA (seperti di Malaysia).

Selain itu, perkongsian idea dan rekacipta secara open source di kalangan komuniti IKEA Hacker menghasilkan begitu banyak percambahan idea yang seterusnya membawa kepada pelbagai rekacipta produk yang cukup kreatif dan inovatif.

Jika anda berminat untuk meneroka dengan lebih lanjut rekacipta kreatif dan inovatif IKEA Hack, sila layari laman yang cukup terkenal, www.ikeahackers.net . Lebih menarik lagi, laman tersebut dihasilkan dan dikelola oleh warga Malaysia!
  Rekacipta.net - Rekacipta Perabot DIY IKEA Hack 3 Unit rak dari model Gorm diubahsuai menjadi kerusi panjang (bench) dwi fungsi.

Lampu Perhiasan Vorteks Dari Putaran Medan Magnet

Wednesday, January 12, 2011

Rekacipta lampu perhiasan dari bahan terbuang yang menghasilkan efek vorteks daripada pusaran air. Sumber pencahayaan adalah daripada LED dan pusaran air (vorteks) dihasilkan oleh logam yang diputarkan oleh medan magnet tanpa sentuhan secara langsung (direct contact).

Lampu hiasan vorteks vorteks lamp (1)




Lampu hiasan vorteks vorteks lamp (2)


Saya tertarik dengan rekabentuk TV Box rekaan watak Edward Nigma / Riddler di dalam filem Batman Forever di mana bentuk TV Box tersebut dirasakan cukup unik untuk diolah menjadi lampu perhiasan.

Gergaji Jubin – Pemotong Kos Rendah Untuk Projek Rekacipta

Saturday, January 8, 2011

Gergaji jubin atau Tile Saw adalah pemotong kos rendah yang versatile bagi kegunaan dalam makmal / bengkel di rumah, terutama sekali apabila pemotongan dengan ukuran dan dimensi tepat (serta konsisten) diperlukan untuk projek-projek rekacipta.

Kemampuan membuat pemotongan dengan dimensi dan ukuran tepat (serta konsisten) adalah kritikal. Semakin tepat pemotongan yang dapat anda lakukan, semakin pelbagai dan terperinci projek-projek rekacipta yang dapat dihasilkan.

Walaupun pada dasarnya gergaji ini direka untuk memotong jubin, dengan hanya menukar mata pemotong dan sedikit pengubahsuaian, ianya dapat diadaptasi sebagai table / benchtop saw pelbagai fungsi.

drill press gerudi31

Sekiranya anda mempunyai bajet yang terhad untuk membeli gergaji pemotong, dan projek rekaan yang sering anda kerjakan tidak memerlukan pemotongan logam keras secara ekstensif, maka tile saw adalah pilihan yang terbaik. Ianya boleh digunakan untuk memotong pelbagai jenis bahan daripada kayu, plastik, acrylic, aluminum dan sebagainya. Saya juga menggunakan tile saw di atas untuk pemotongan papan litar (PCB) untuk projek-projek elektronik.

Ketika memilih tile saw, disarankan agar memilih model yang menggunakan mata gergaji berdiameter 4 inci. Ini kerana stok mata gergaji (untuk memotong logam, seramik, kayu, dsb) berdiameter 4 inci lebih mudah diperlolehi di pasaran tempatan.

Selain itu, jangan termakan hasutan si penjual yang mengatakan bahawa gergaji ini tidak boleh digunakan untuk tujuan selain memotong jubin :)

Kelebihan utama tile saw adalah sari segi kos yang rendah dan ruang berkerja atau work area yang tiada had. Tidak seperti cut-off saw dan mitre saw dimana lebar bahan yang boleh dipotong adalah terhad kepada beberapa inci sahaja.

Rekaan Pemantul Parabolik Untuk Isyarat 3G, EDGE, Wi-Fi, dsb

Thursday, January 6, 2011

Rekaan pemantul parabolik untuk menambahbaik penerimaan isyarat RF ini dihasilkan oleh seorang hammer Malaysia dengan callsign 9W2BSR. Digunakan bersama dongle USB, pemantul berbentuk parabolik bertindak memfokus isyarat ke satu titik fokus seterusnya meningkatkan keamatannya (intensity).

Bergantung kepada peranti RF yang digunakan, pemantul parabolik ini berupaya menambahbaik penerimaan isyarat  EDGE, GPRS, 3G, HSDPA, Wi-Fi, WiMAX, dsb.

parabolic reflector

Kunci rekaan ini adalah kelengkungan permukaan pemantul parabolik, posisi dongle USB di titik fokus parabola dan bahan yang digunakan sebagai elemen pemantul (reflector element).

Kerangka asas dibina baripada plat acrylic manakala elemen pemantul terdiri daripada kerajang aluminum (aluminum foil).

Selain kerajang aluminum, sebagai alternatif, jejaring logam (wire mesh) juga boleh digunakan sebagai elemen pemantul.

Butiran lanjut rekaan boleh dirujuk di sini.

Litar Pemodulatan Lebar Denyut (PWM)

Tuesday, January 4, 2011

Litar Pemodulatan / Modulasi Lebar Denyut (Pulse Width Modulation – PWM) rekaan sendiri mengunakan IC pemasa 555 untuk kawalan kelajuan motor, pencahayaan dan lain-lain lagi.


  P1010061 
Terdapat banyak rekaan litar PWM di luar sana, namum berbeza dengan kebanyakkan rekaan litar lain, litar ini direkabentuk untuk menggunakan jumlah komponen yang paling minimum seterusnya mengecilkan saiz papan litar yang diperlukan. Ia juga mudah diubahsuai, serta murah untuk dihasilkan.

Kenderaan Mutan Burning Man

Monday, January 3, 2011

Festival Burning Man adalah satu upacara tahunan yang diadakan di gurun Black Rock, Nevada Amerika Syarikat. Ia merupakan festival yang mengetengahkan hasilan dan eksperesi kreativiti serta kesenian yang kerapkali begitu eksentrik dan menarik.

Sama seperti Maker Faire, peserta Burning Man rata-ratanya terdiri daripada komuniti Tinkerer, Maker, dsb dari peringkat akar umbi.

Salah satu ciri yang cukup menarik di festival ini adalah kepelbagaian Kenderaan Mutan (Mutant Vehicles) yang dihasilkan oleh para peserta.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...