Artikel berkaitan: CNC Router / Mill DIY Dari Malaysia yang diketengahkan sebelum ini.
Seperti yang sering ditekankan di sini, sesiapa sahaja mampu berekacipta tanpa mengira latar belakang teknikal, yang paling utama adalah kemahuan. Menurut roywnc69:
I have ' 0 ' knowledge about this field. I don't even know how to use CAD/Cam software. But heyy !!...i did it..
Kerangka router diperbuat daripada stok mild steel yang dikimpal, manakala komponen pautan diperbuat daripada kombinasi kayu Chipboard dan MDF (Medium Density Fiberboard) yang diperolehi daripada peleraian perabot terpakai serta melalui dumpster diving.
Kayu semulajadi tidak begitu sesuai kerana ia umumnya mempunyai pelbagai kecacatan seperti melengkung, berpiuh, berpintal, dsb. Projek rekacipta sebegini pula memerlukan ketepatan jajaran yang tinggi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.
Bagi yang berminat menghasilkan rekaan mesin CNC sendiri (mill, router, 3D printer, laser cutter, dsb), terdapat ribuan panduan, termasuk pelan rekaan percuma yang boleh dimuat turun secara online (kata kunci carian Google "DIY CNC ROUTER / MILL / LASER CUTTER / 3D PRINTER"). Antara sumber lengkap boleh diperolehi di sini dan di forum CNCZone.
NOTA: Perlu diingat bahawa rekaan mesin CNC memerlukan pelaburan kos yang agak tinggi (boleh mencecah ribuan ringgit bergantung kepada design yang anda pilih), serta memerlukan akses kepada peralatan-peralatan dan bengkel yang agak lengkap untuk dihasilkan.
Diharap rekaan ini memberikan inspirasi berguna kepada anda. Selamat berekacipta!
3 comments:
assalam...
kalau nk tempah mesin potong tu berapa harga?
zul
aku memang minat dengan mesin CNC ni, tapi belum mampu buat lagi....
ni ada ebook bm untu DIY mesin CNC yang aku jumpa
http://mydiyzone.blogspot.com/
salam,
skrg kami ada membuat Mesin CNC Router tersebut utk industri spt perabot, kraftangan, ukiran kayu, cenderahati, pengiklanan dll.
Mesin tersebut boleh ditempah mengikut keperluan industri anda 'custom made' cth: 2' x 2', 2' x 3', 4' x 6'..
Mudah dikendalikan, cepat, hasil yg cantik.
Boleh menjalankan kerja engrave, cut out, 3D Profile, 2D cut utk material spt kayu, acrylic, aluminium, polistren, mdf board dll.
Penggunaan software akan diajar percuma dgn setiap pembelian.
Harga Sangat Berpatutan.
Mesin cnc diatas adalah mesin yg mula2 kami buat. Tetapi Mesin CNC yg kami pasarkan sekarang jauh lebih baik, struktur yg teguh & tahan lasak.
Maklumat lanjut lawati
http://www.kurnia-alrizq.blogspot.com
-roywnc69-
Post a Comment