Belt / Disk Sander Kos Rendah Untuk Makmal / Bengkel Rekacipta

Belt / Disk Sander adalah mesin yang cukup berguna untuk seseorang Tinkerer, Maker atau sesiapa sahaja yang gemar berekacipta dan ber-DIY. Daripada namanya dapat diagak bahawa ianya adalah sebuah mesin kombo yang terdiri daripada pengelas tali pinggang (belt sander) dan pengelas cakera (disk sander).

Sesebuah Belt / Disk Sander berguna bagi kerja-pembentukkan (shaping). Ia meliputi pembentukkan bahan-bahan seperti logam, plastik dan kayu.

NOTA: Selain kerja pembentukkan, antara fungsi paling penting yang perlu ada bagi sesebuah bengkel / makmal rekacipta adalah kemudahan membuat pemotongan tepat dan penggerudian tepat

Belt / Disk Sander dapat memenuhi keperluan kerja pembentukkan terutama bagi projek rekacipta yang melibatkan fabrikasi atau permodelan prototaip secara scratch building mahupun kitbashing.

Rekacipta.net - Belt dan Disk Sander 25

Bagi mereka yang ingin memperlengkapkan bengkel / makmal rekacipta di rumah, Belt / Disk Sander kos rendah seperti model entry-level diatas boleh diperolehi pada harga serendah RM250 (terima kasih kepada negara China!). Harga sebuah Belt / Disk Sander model lanjutan dan berjenama pula boleh mencecah ribuan ringgit.

Ingin ditekankan bahawa melainkan anda bercadang menjalankan perusahaan atau industri kecil anda sendiri, penggunaan mesin dan peralatan bagi bengkel / makmal rekacipta di rumah tidaklah begitu demanding. Berjimatlah selagi boleh.
 Rekacipta.net - Bahagian Disk SAnder
Bahagian sebuah Belt / Disk Sander

Diameter cakera menentukan saiz bahan yang boleh dikerjakan. Ia dilapisi dengan kertas pasir berpelekat (adhesive backed sandpaper). Kertas pasir ini boleh diperolehi dalam pelbagai kekasaran (grit) daripada kedai menjual kelengkapan mesin atau anda juga boleh menggunakan kertas pasir biasa yang dipotong mengikut saiz cakera (ditampal menggunakan double sided tape atau gam).

Bahagian belt sander pula boleh didirikan dan dibaringkan mengikut kesesuaian kerja, manakala pelaras regangan berfungsi untuk melonggar atau meregangkan tali pinggang (belt) pengelas.

Berdasarkan pengalaman saya, proses menghasilkan rekacipta (kerja-kerja fabrikasi, permodelan, dsb) akan lebih kerap menggunakan fungsi  disk sanding berbanding belt sanding.

Belt sander lebih sesuai untuk kerja-kerja kemasan (finishing), melicinkan permukaan dan kerja-kerja mencanai. Tali pinggang pengelas bagi belt sander pula agak sukar diperolehi di pasaran melainkan di kedai menjual kelengkapan mesin tertentu. Pilihan grit juga adalah terhad.

Rekacipta.net - Belt dan Disk Sander Angle Jig 09
Angle jig di dalam foto di atas berfungsi membantu membuat pembentukkan bersudut.

Rekacipta.net - Belt dan Disk Sander Angle Jig
Angle jig boleh dilaraskan mengikut sudut yang dikehendaki.

Rekacipta.net - planar
Pelantar  Belt / Disk Sander sebegini juga boleh dilaraskan, juga untuk membuat pembentukkan bersudut. Antara langkah pertama yang perlu anda lakukan apabila mula-mula memasang sebuah Belt / Disk Sander adalah membuat penjajaran (alignment) kepada pelantar agar berkedudukan rata dan selari.

Rekacipta.net - Belt dan Disk Sander Pelaras Lantai
Pelantar boleh dilaras sehingga sudut 60 darjah.

Rekacipta.net - Belt dan Disk Sander 13
Disk dan Belt Sander dipacu oleh motor AC melalui transmission belt.
 Rekacipta.net - Kerja membentuk
Contoh kerja pembentukkan Acrylic menggunakan Disk Sander.

Rekacipta.net - komponen yang siap dibentuk
Hasil akhir Acrylic yang siap dibentuk.

Rekacipta.net - bongkah logam
Contoh bongkah aloi Timah-Plumbum yang dibentuk menggunakan Belt / Disk Sander.


SBD-6009Q Sander wilton-combo-bench-belt-and-disc-sander b1aaa2ac-2545-4c41-824e-b913f55e7844_4






Contoh-contoh model Belt / Disk Sander di pasaran.



Selamat berekacipta. Sebarang komen adalah dialu-alukan.

5 comments:

Anonymous said... Reply To This Comment

mau tnya harga???
and mau beli

Chein said... Reply To This Comment

Model entry level dari china dlm artikel di atas harga dlm RM250..boleh dibeli dari penjual/kedai mesin

Mr. DanSa said... Reply To This Comment

mintak poster provide alamat or mungkin nama model utk model dalam post ni? berminat lah nak pegi cari..

Sam said... Reply To This Comment

Mr Chien, Kat mana ada jual benda ni??

tolong bg alamat or tel no

Anonymous said... Reply To This Comment

hello..bley bg detail x, kat mane bley dapat machine ni kt area johor?

Post a Comment