Alat Pengaduk / Pengocak Untuk Membangun Papan Litar Bercetak (PCB)

Rekacipta alat pengaduk / pengocak (agitator). Fungsi utama alat ini adalah untuk membangunkan papan litar bercetak (PCB) dengan lebih pantas.

Namun demikian, selain untuk pembangunan papan litar, alat ini juga boleh digunakan di dalam makmal-makmal, hospital, di dapur atau dalam apa sahaja aplikasi yang memerlukan adukkan cecair secara konsisten untuk sesuatu tempoh masa.

Rekacipta.net - Alat pengaduk 3



Latar Belakang

Proses punaran (etching) di dalam membangunkan papan litar bercetak (Printed Circuit Board - PCB)  biasanya melibatkan penggunaan larutan punaran (etching solution) seperti Ferric Chloride. Konsep di sebalik teknik ini ialah larutan punaran ini akan menghakis lapisan tembaga yang terdedah, manakala permukaan tembaga yang terlindung akan terpelihara membentuk jalur litar yang diingini.



Tindakbalas menghakis ini adalah proses kimia yang perlahan jika tiada campur tangan manusia. Bergantung kepada ketebalan lapisan tembaga, proses ini boleh mengambil masa berjam-jam lamanya.



Bagi mempercepatkan tindakbalas kimia yang berlaku, larutan perlu diaduk secara berterusan. Dengan adukkan berterusan, masa yang diperlukan untuk proses punaran dapat dipendekkan sehingga 10-15 minit sahaja.

Saya merekabentuk alat ini memandangkan tempoh masa 10-15 minit juga boleh dikira tempoh masa yang panjang (dan memenatkan) untuk mengaduk larutan secara berterusan dengan tangan. Bak kata pepatah " Kemalasan Keperluan Adalah Punca Kepada Penciptaan" :)

Rekaan ini pada dasarnya merubah daya emparan yang dihasilkan oleh motor penggetar (vibrator motor) kepada pergerakkan linear / lateral. Kelajuan putaran motor menentukan amplitud gerakan linear yang terhasil. Semakin laju putaran motor, semakin tinggi daya linear, tetapi semakin rendah amplitudnya. Jalur polimer ABS (berwarna hitam) mempunyai 3 fungsi. Sebagai penyokong pelantar, sebagai pengekang / pengubah daya emparan serta sebagai pelibas yang membawa pelantar kembali kedudukan asal.


Rekacipta.net - Alat pengaduk 2
Rekacipta.net - Alat pengaduk 1
Pelantar adukkan dilapisi dengan Anti-Slip Mat  bagi mengelakkan bekas adukkan dari tergelincir. Sumber elektrik diperolehi daripada AC-DC Adapter 12V.

  
Rekacipta.net - litar PWM
Litar Pulse Width Modulation (PWM) berasaskan IC pemasa 555 digunakan untuk mengawal kelajuan motor. Butiran rekaan litar ini pernah diterbitkan di laman ini satu ketika dahulu dan boleh dirujuk di sini.

 Rekacipta.net - pemasa mekanikal
Pemasa (timer) mekanikal digunakan untuk mengawal tempoh masa adukkan. Pemasa mekanikal boleh diperolehi daripada pembekal/ kedai yang menjual komponen peralatan elektrikal. Pemasa di bawah adalah model pemasa yang digunakan di dalam ketuhar elektrik (electric oven). Selain daripada ketuhar, toaster serta mesin basuh model lama juga menggunakan pemasa mekanikal sebegini.

 Rekacipta.net - getah pelekap
Oleh kerana adukkan akan mengasilkan getaran, pelekap (suction cup) getah digunakan bagi melekapkan agitator ini ke permukaan meja atau lantai. Ia juga mengingkatkan kecekapan agitator dengan memastikan daya yang terhasil daripada motor ditukar kepada amplitud linear / lateral dengan lebih cekap.


Dua tombol digunakan, satu untuk mengawal kelajuan, dan satu lagi untuk mengawal tempoh masa adukkan. Setelah tamat tempoh masa yang ditetapkan, bekalan tenaga elektrik akan diputuskan dan agitator akan berhenti dengan sendirinya.

Bagi mereka yang berminat untuk mereplikasi rekaan yang ini, tempoh masa untuk merekabentuk dan menghasilkan projek adalah lebih kurang 1 hari sekiranya anda telah menpunyai semua komponen yang diperlukan.

Selamat berekacipta. Sebarang komen dan soalan adalah dialu-alukan.


Creative Commons Licence
Rekaan/karya ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. Anda bebas mereplikasi, meniru, mengubahsiah atau menghasilkan rekaan/karya terbitan dengan syarat rekaan/karya tersebut haruslah turut dikongsi secara terbuka (Share Alike). Rekaan/karya ini bebas digunakan untuk apa sahaja tujuan selain untuk tujuan komersil (Non Commercial), dan memberi pengiktirafan kepada laman rekacipta.net sebagai sumber rekaan/karya asal (Attribution).

12 comments:

Anonymous said... Reply To This Comment

projek yg hebat..boleh x klau send kt sy bolck diagram n schematic diagram berserta komponen2 yg digunakan..Ir.Baniq@yahoo.com

Anonymous said... Reply To This Comment

Saya berminat dengan projek ini.. boleh tak projek ini ditempah? Lau bley, tlg email kt saya brp hrga... shakrym@yahoo.com.my

MohdKamal Ismail said... Reply To This Comment

boleh sy dengan lebih terperinci tentang ni takk. tak jelas laa. projek yg terbaekk . email saya.
kamal_botox@yahoo.com

RAHMAN06 said... Reply To This Comment

boleh saya tahu barangan apa yang digunakan dalam membuat alat ini dari segi cover set n kotak logamnya..
specification..

Anonymous said... Reply To This Comment

cmne cara betul nk connect @ wiring mekanikal timer bro?

Chein said... Reply To This Comment

timer cuma ada 2 wayar, sambung mana2 wayar ke arus masuk, dan satu wayar lagi ke arus keluar. sambungan adalah sama sepertimana jika suis disambung ke litar.

william wiels said... Reply To This Comment

Bonjour,

Très intéressant projet,auriez-vous un schéma

avec les dimensions de l'appareil ?

Merci

william.wiels@live.fr

MUHAMMAD SYAKIR AMININ BIN MISRIN said... Reply To This Comment
This comment has been removed by the author.
Abdul Naim said... Reply To This Comment

Nice Projek...
Jka Anda Dpt Mmbntu Sy Mlaksnakan Projk ini
Tl Emailkan lebih Detail At
SuperDarkResident@gmail.com...
examp..skemtik projek.. nama bhan2.. nilai arus n lain.. need u help

Anonymous said... Reply To This Comment

Boleh tak bg penuh skematik dgn semua sambungn
brminat utk cuba sndri
email ke fahmir.adzran@gmail.com

farizul said... Reply To This Comment

salam...saya sangat berminat dengan projek ini...mohon maklumat lanjut berkenaan litar, motor yang digunakan, sambungan litar,kedudukan sebenar bahagian ecthing pada projek tersebut dan kos projek ini. mohon juga maklumat lanjut bagaimana projek ini berfungsi secara terperinci.mohon emailkan ke farizul.engr@gmail.com

Misu Sue said... Reply To This Comment

saye berminat dan sye perlukan sgt projek nie utk projek FYP..boleh tlg hantarkan butiran dan komponen2 yang diperlukan untuk projek ini..nie email saye misusue14@gmail.com

Post a Comment