Rekaan Kit Pancuran / Mandian Mudah Alih

Saturday, May 14, 2011

Adakalanya rekacipta yang ringkas berupaya memberikan penyelesaian yang cukup praktikal. Rekaan kit pancuran / mandian mudah alih ini dihasilkan oleh Timothy Wooi, seorang Maker dari Kedah, dan ianya cukup berguna bagi mereka gemar menjalankan aktiviti-aktiviti  luar.
 kit mandian mudah alih

Rekaan ini tidak memerlukan penjelasan panjang lebar, ianya diubah suai daripada kanister pemampatan udara (compressed air canister) yang biasa kita lihat digunakan sebagai penyembur racun perosak dan rumpai. Bahagian sesalur nozzle boleh dileraikan bagi memudahkan pengangkutan.

Udara termampat yang bertekanan tinggi akan menolak air di dalam kanister keluar melaui nozzle dalam bentuk semburan. Bagi yang gemar bermain air, pilih kanister yang lebih besar.

Pastikan anda menggunakan kanister yang baru atau yang telah dicuci rapi sekiranya anda tidak ingin mandi-manda di dalam air yang bercampur racun perosak!  :)

Selamat berekacipta!

2 comments:

Anonymous said... Reply To This Comment

STEAMPUNK design :D

Chein said... Reply To This Comment

Betul jugak, kalau kanister tu pun diperbuat drpd brass lagi nampak mcm steampunk :)

*Harap2 dapat ketengahkan rekaan-rekaan steampunk dari Malaysia di sini satu hari nanti.. setakat ni belum jumpa lagi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...