Menghasilkan Rekacipta Elektronik Menggunakan Photo-Interrupter

Panduan bagi memahami fungsi photo-interrupter dan mengaplikasikannya di dalam projek rekacipta elektronik anda.
 Rekacipta.net - pakej photo interrupter
Contoh sebuah photo-interrupter. Unit di atas diperolehi daripada peleraian sebuah mesin pencetak.




Bagaimana Photo-Interrupter Berfungsi


Photo-interrupter merupakan sejenis komponen elektronik yang terdiri daripada dua komponen utama iaitu LED infra merah (IR / infrared LED) dan pengesan cahaya (biasanya dalam bentuk phototransistor).

Ia berfungsi dengan mengesan sebarang hadangan terhadap pancaran cahaya IR LED. Sekiranya pancaran cahaya terhalang oleh sesuatu objek, phototransistor akan berhenti mengalirkan arus elektrik.

 Bagaimana Photointerrupter Berfungsi
Oleh kerana sifat dan fungsi photo-interrupter, ia digunakan secara meluas di dalam aplikasi pengesan objek, sebagai alternatif kepada suis penghad (limit switch), pengesan gerakkan, pengesan kelajuan serta sebagai pembilang.

Sebuah mesin pencetak sebagai contoh, menggunakan photo interrupter untuk mengesan kehadiran kertas di dalam paper feed tray, mengesan kemasukkan kertas (ketika mula mencetak) dan pengeluaran kertas (sesudah selesai cetakan), menesan penutup yang terbuka, serta bagi mengesan kertas yang tersangkut di dalam mesin. 

Di dalam sebuah tetikus bebola trek (trackball mouse) pula, photo-interrupter berfungsi sebagai pembilang gerakkan pada satah X dan satah Y. Gerakkan yang dibilang diterjemahkan menjadi gerakkan mouse pointer pada skrin komputer. Malangnya trackball mouse kini tidak lagi dihasilkan (teknologi kini beralih kepada penggunaan optical mouse) dan ia hanya boleh diperolehi dalam bentuk surplus.



Litar Asas Photo-Interrupter


litar asas photo interrupter
Litar asas menggunakan photo-interrupter.

Rekacipta.net - litar asas photo interrupter
LED biru digunakan sebagai indicator. LED tersebut akan menyala apabila tiada objek yang menghalang pancaran IR LED photo-interrupter, dan akan terpadam apabila wujudnya halangan.

TIPS: Cahaya dalam spektrum infra merah (infrared) tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Untuk mengesahkan photo-interrupter anda beroperasi atau tidak, gunakan kamera digital atau kamera telefon bimbit anda untuk melihat pancaran IR LED yang terhasil. Jika photo-interruptor berfungsi dengan baik, anda akan berupaya melihat cahaya ungu kebiruan (yang malap) di celahan photo-interrupter menerusi skrin kamera / telefon anda. 




Contoh Rekacipta Menggunakan Photo-Interrupter


Penggera yang mendemonstrasikan fungsi dan operasi photo-interrupter.

Rekacipta.net - photo interrupter 03
Dengan menggantikan LED Biru dengan sebuah piezoelectic buzzer. Litar terdahulu diubahsuai menjadi sebuah litar penggera ringkas.

Penggera sebegini dengan mudah juga dapat dihasilkan menggunakan limit switch mekanikal sebagai pengganti photo interrupter. 

Rekacipta.net - photo interrupter 02

Rekacipta.net - photo interrupter 01

TIPS: Photo-interrupter boleh diperolehi di keda-kedai menjual komponen elektronik. Namun jika anda tidak mempunyai akses kepada photo-interrupter ready-made, anda boleh menghasilkannya sendiri dengan mengunakan kombinasi IR LED dan phototransistor yang dibeli secara berasingan.

Selamat berekacipta. Sebarang komen dan soalan adalah dialu-alukan.

2 comments:

Anonymous said... Reply To This Comment

boleh tahu dimana saya boleh dapatkan phototransistor dan ir led?

Muhamad Shafic Haikal said... Reply To This Comment

assalamualaikum.. admin boleh saya tahu lebih lanjut tentang project ini...

Post a Comment