Artikel berkaitan: Panduan pemilihan drill press untuk kegunaan makmal / bengkel di rumah boleh dirujuk di sini.
Semua jenis aksesori ini juga boleh digunakan bersama gerudi handheld namun untuk memperolehi hasil yang tepat dan konsisten adalah sukar melainkan anda mempunyai kestabilan dan kordinasi tangan yang tinggi :)
Kebanyakkan aksesori sebegini boleh diperolehi di kedai hardware yang biasa. Rangkaian kedai Ace Hardware mempunyai pilihan yang lebih lengkap sekiranya anda berpeluang berkunjung ke sana.

Circle Cutter – Digunakan untuk membuat potongan membulat. Mata pemotong boleh dilaras mengikut diameter bulatan yang dikehendaki.
Vice Grip – Sejenis ragum, digunakan untuk memegang objek yang akan digerudi.
Sanding Disc Plate – Digunakan untuk kerja-kerja mengelas permukaan (sanding). Lapisan bawah plat ditampal dengan kertas pasir berpelekat (adhesive backed sandpaper) dan kertas pasir ini boleh dibeli secara berasingan.

Buffer – Penggilap. Ia biasanya diperbuat daripada serat yang dikenali sebagai felt. Felt adalah sejenis serat berkepadatan tinggi daripada bulu kambing biri-biri.
Hole Saw – Pemotong lubang, bebeza dengan circle cuttter, ianya terdapat di dalam set berdiameter tertentu sahaja.
Micro Drill Bit – Mata gerudi mikro. Mata berdiameter kecil sebegini biasanya digunakan di dalam penggerudian papan litar (PCB) bagi pautan komponen elektronik. Ia juga boleh digunakan dalam penggerudian manik-manik bagi projek kraf. Setakat ini, mata gerudi sebegini hanya boleh diperolehi di kedai-kedai pembekal komponen elektronik tertentu.
Oleh kerana saiznya yang amat kecil, ia cenderung untuk patah jika digunakan bersama gerudi handheld. Mata gerudi ini lebih sesuai digunakan bersama drill press utuk proses penggerudian mikro.
Selamat berekacipta. Sebarang persoalan dan komen adalah dialu-alukan.
No comments:
Post a Comment