Projek Rekacipta Retrofit – Jigsaw Kepada Bandsaw

Projek retrofit yang cukup ringkas bagi mengubahsuai sebuah jigsaw dan sebuah meja televisyen murahan kepada sebuah bandsaw yang versatile.

Proses menghasilkan rekacipta dalam keadaan kekurangan sumber, serta ketiadaan akses kepada peralatan, komponen dan bahan merupakan masalah utama bagi Tinkerer, Maker di peringkat akar umbi.

Sehubungan itu, diharap retrofit ini dapat memberi inspirasi bagi menambahbaik kemampuan peralatan sedia ada, terutama bagi mereka yang mempunyai bajet yang terhad.

rekacipta - jigsaw kepada bandsaw 04

Latar Belakang

Untuk membuat pemotongan membulat atau berlengkok (sama ada untuk projek rekacipta, kraf, rekaan perabot dsb) memerlukan penggunaan sebuah gergaji jig (Jigsaw). Pelbagai model jigsaw boleh diperolehi di pasaran tempatan dan bergantung kepada model dan jenama, ianya boleh diperolehi pada harga serendah RM200.

Namun sekiranya anda biasa berkerja dengan sebuah jigsaw, anda akan sedar bahawa adalah sukar untuk mengawal sebuah jigsaw bagi membuat potongan yang lancar. Terutama apabila potongan melibatkan corak atau lengkok yang halus dan rumit.

Proses memotong memerlukan kestabilan dan kordinasi tangan yang amat baik bagi menghasilkan potongan yang tepat dan licin.Untuk tujuan seperti ini, biasanya sebuah bandsaw digunakan. Malangnya, harga sebuah bandsaw di pasaran Malaysia boleh mencecah ribuan ringgit.


Sebuah bandsaw membebaskan kedua-dua tangan anda untuk mengawal objek yang ingin dipotong sekaligus membolehkan kawalan yang lebih baik. Dengan ini, anda berupaya menghasilkan potongan yang lebih tepat dan terperinci, satu keperluan penting dalam apa jua projek rekacipta.



Contoh-contoh bandsaw:




Retrofit ini membolehkan anda menggunakan sebuah jigsaw biasa sebagai sebuah bandsaw


Jigsaw yang dipaut pada meja ini boleh ditanggalkan dengan mudah untuk digunakan seperti biasa terutama untuk kerja-kerja yang memerlukan mobiliti. Satu lagi kelebihan berbanding sebuah bandsaw.


Retrofit ini juga membolehkan anda menambah vertical / horizontal guide, slider serta angular jig. Berguna bagi membuat potongan lurus.


rekacipta - jigsaw kepada bandsaw 46

Sebarang soalan dan komen adalah dialu-alukan.

1 comment:

Firuzi said... Reply To This Comment

Idea yang baik. Saya baru dapat hadiah meja tv dan tak tahu nak gunakan untuk apa. Bolehlah saya jadikan meja tu sebagai bandsaw untuk bebeudak reka cipta sekolah saya. Terima kasih.

Post a Comment