Amalan Dumpster Diving mungkin agak asing dan kekok untuk dilakukan di Malaysia, tetapi setidak-tidaknya kedai besi buruk memberi alternatif yang lebih baik.
Kebanyakan orang akan membuang barangan yang rosak tanpa mengetahui akan nilai komponen-komponen di dalamnya, manakala para pengusaha kedai besi buruk pula lebih berminat untuk meleraikan bahagian logam dan plastik untuk dikitar semula.
Oleh kerana peralatan seperti alat elektrik dan mesin agak rumit dan mengambil masa untuk dileraikan, ia umumnya akan dikumpul di satu bahagian menanti pembeli seperti anda.
Bagi seorang Tinkerer, Maker, pelbagai jenis alat, komponen dan mesin yang bergelimpangan cukup untuk membuatkan anda rambang mata :)
Mesin faks dan pencetak Bubblejet di dalam foto atas saya perolehi pada harga RM15. Harga mengikut budi bicara dan mood penjual dan anda disarankan untuk tawar-menawar. Sebagai contoh, komponen yang boleh dileraikan dari kedua-dua peralatan di atas termasuklah beberapa buah stepper motor , set gear, transmission belt, syaf, tone generator dsb. Komponen-komponen ini sekiranya dibeli secara berasingan boleh mencecah harga ratusan ringgit di pasaran.
Berikut adalah sebahagian contoh bahan terbuang yang boleh diperolehi di kedai besi buruk yang sering saya kunjungi
Set televisyen, pemain kaset, VHS, CD dan DVD. Komponen yang boleh dileraikan dari perlatan ini termasuk pelbagai jenis motor DC, diod laser, flyback transformer, lensa optik, magnet, tiub sinar katod (cathode ray tube), dan pelbagai komponen elektronik.
Cordless Screwdriver, Impact Drill, Rotary Hammer, Hailer, Angle Grinder, Rotary Saw dsb. Kebanyakkan peralatan ini masih boleh berfungsi dengan sedikit pembaikkan dan servis, atau boleh dilerai untuk mendapatkan komponen projek rekacipta. Sebagai contoh, sebuah cordless screwdriver boleh dileraikan bagi mendapatkan DC Geared Motor yang berupaya menghasilkan torque yang cukup tinggi sementara model Hailer tertentu boleh dileraikan untuk sumber kristal dan piezoelectric transducer.
Cut Off Saw pula adalah sumber yang baik bagi motor AC RPM tinggi.
AC Motor, Pump dan Compressor. Sumber kepada motor AC RPM rendah, injap dan piston pemampat.
Papan litar bagi sumber komponen elektronik.
Terdapat pelbagai lagi bahan terbuang yang boleh diperolehi dan diaplikasikan di dalam projek rekacipta anda. Selamat meneroka!
Sebarang komen dan soalan adalah dialu-alukan.
3 comments:
kat mana nak carik kedai macam ni? boleh bagi tips.. tgh carik dc motor ni
Jenis barangan dan komponen yang tedapat di kedai sebegini adalah bergantung kepada nasib, memandangkan ianya adalah bahan terbuang..
Lat long kedai di atas, Jalan Puchong, off Jalan Kelang Lama:
3.060805,101.644448 (paste dalam google map)
Ada tiga empat kedai di sepanjang jalan tu, kalau rajin nak meneroka lanjut :)
ia dapat membuka minda pembaca ttg brg yg boleh di recycle. kdg kala kita xnmpk kegunaan brg lusuh ni
Post a Comment