Rekacipta Antenna DIY Untuk Penerimaan Siaran Televisyen UHF

Saturday, February 19, 2011

Projek rekacipta menghasilkan antenna untuk menerima siaran televisyen terestrial jalur Ultra High Frequency (UHF).

Siaran televisyen terestrial di Malaysia pada ketika ini terdiri daripada siaran TV percuma FTA (Free To Air) merangkumi RTM1, RTM2, TV3, TV9, NTV7, 8TV dan TV Al-Hijrah.

Meskipun kini terdapat siaran televisyen satelit berbayar ASTRO, masih ramai dari masyarakat Malaysia yang yang tidak mampu melanggan perkhidmatan ini dan bergantung kepada siaran TV FTA semata-mata.

Realitinya juga, masih terdapat banyak komuniti di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak yang berada di pinggiran (fringe) atau di luar liputan pemancaran, di mana siaran-siaran TV FTA tidak dapat diterima dengan jelas atau tidak diterima langsung.

Rekacipta antenna ini adalah berasaskan rekaan Gray Hoverman yang mampu menambahbaik penerimaan isyarat TV sehingga jarak 100km pada jalur UHF. Terdapat dua variasi kepada antenna Gray Hoverman iaitu versi yang menggunakan Pemantul Rod Kolinear ( 6-Pair Collinear Rod Reflectors) atau mengunakan skrin pemantul (Split / Full Screen Reflector).

Saya memilih versi Split-Screen Reflector sebagaimana lakaran rajah di bawah kerana prestasinya lebih baik berbanding versi Full Screen Reflector.

Rekacipta.net - Rajah Antenna TV UHF Gray Hoverman
Lakaran skematik antenna Split Screen Reflector Single Bay Gray Hoverman (SBGH) yang dihasilkan mengunakan SketchUp. Sebagaimana semua rekaan antenna, dimensi elemen antenna (antenna element) mesti dipatuhi dengan setepat mungkin. Rekaan antenna ini direkabentuk untuk penggunaan dalam rumah (indoor).


Sejarah Antenna Gray Hoverman 

Antenna Gray Hoverman adalah antenna open-source yang lahir daripada inovasi komuniti akar umbi.

Antenna ini pada asalnya direkacipta oleh Doyt R. Hoverman. Beliau dianugerahkan patent untuk ciptaan antenna ini pada 1959 and 1964. Kedua-dua patent tersebut luput pada 1979 dan 1984.

Setelah luput tempoh patent, komuniti Tinkerer, Maker dan DIYer mula meneroka dan bereksperimen dengan idea untuk mengubahsuai dan menambahbaik rekaan asal antenna Doyt R. Hoverman. Pada tahun 2008 berbekalkan perisian permodelan komputer dan input pelbagai lapisan komuniti, pelbagai konfigurasi dan variasi antenna ini dibina dan diuji.

Kerjasama dan percambahan idea ini telah membawa kepada lahirnya sebuah rekaan antenna open source yang dikenali sebagai Gray Hoverman yang mempunyai prestasi jauh lebih baik dari rekaan antenna asal dan kebanyakkan antenna UHF komersil di pasaran. Sumber Digitalhome.


Rekacipta.net - Antenna TV UHF Gray Hoverman
Antenna Split Screen Single Bay Gray Hoverman yang telah siap. Kerangka antenna diperbuat daripada kayu. Selain kayu, bahan alternatif lain adalah paip PVC. Elakkan mengunakan logam sebagai kerangka kerana ia akan mengganggu isyarat yang diterima. Saya menggunakan gam, dan staple gun untuk penyambungan. Memandangkan dawai kokot staple gun juga diperbuat daripada logam, ia juga akan memberi kesan kepada prestasi antenna tetapi minimal.



Rekacipta.net - sambungan kabel 300ohm pada elemen antenna
Elemen antenna (antenna element) diperbuat daripada dawai keluli bergalvani (galvanized steel). Kabel twin lead 300ohm dapateri pada feed point elemen antenna. Maaf kualiti gambar diatas kurang memuaskan.


Rekacipta.net - Skrin Pemantul Dari Wire Mesh
Jejaring keluli (steel wire mesh) yang berfungsi sebagai elemen pemantul (reflector element). Kesan gam dapat dilihat pada penyambungan. Pengunaan bahan penyambung logam seperti paku, skru, dsb harus diminimumkan.


Rekacipta.net - Penyambung kabel 300ohm Rekacipta.net - kabel 300ohm
Kabel 300 ohm twin-lead dihubung kepada kepala penyambung. Kepala penyambung pula semestinya perlu disambung ke bahagian input antenna yang terdapat di belakang televisyen anda. Kabel dan penyambung ini boleh diperolehi di hampir kesemua kedai hardware dan kedai yang menjual kelengkapan elektrikal / elektronik di Malaysia.





Prestasi Antenna
 SBayRef-FullvsSplit

Graf prestasi (Net Gain) antara antenna Gray Hoverman versi Split Screen Reflector, versi Full Screen Reflector dan antenna UHF komersil model CM4221.

Graf menunjukkan antenna versi Split Screen Reflector (plot berwarna merah) memberikan prestasi Net Gain (dBi) tinggi antara pada jalur UHF antara saluran 18 sehingga saluran 54.

Net Gain (dBi) puncak ditunjukkan antara saluran 38 sehingga saluran 54.

Sila rujuk di sini untuk mengenal pasti frekuensi bagi setiap saluran:
http://www.sphamradio.com/v3/forum/viewthread.php?thread_id=487





Mengaplikasikan Antenna Untuk Menerima Isyarat TV Di Malaysia.


Jadual di bawah menunjukkan contoh Peruntukkan Radas (Apparatus Assignment) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi stesen pemancar NTV7 di seluruh Malaysia. Maklumat frekuensi pancaran dan lokasi stesen pemancar ini boleh dirujuk bagi mengenalpasti frekuensi talaan (tuning) yang tepat bagi set televisyen anda dan arah untuk menghalakan antenna.

Sebagai contoh, dengan membandingkan graf Net Gain (dBi) antenna Gray Hoverman versi Split Screen Reflector telah dibina dan jadual di bawah, dapat dilihat bahawa antenna yang dibina ini berupaya menerima isyarat dengan baik (Net Gain yang tinggi) daripada kesemua stesen pemancar NTV7 kecuali stesen pemancar di Bukit Sungai Besi (frekuensi pancaran 189.25MHz).

Berdasarkan graf prestasi antenna ini juga, Net Gain tertinggi adalah bagi penerimaan isyarat dari stesen pemancar di Gunung Pulai, Johor (saluran 42, frekuensi pancaran 639.25MHz).


Tala (tune) set telesiyen anda dengan frekuensi bertepatan, dan halakan ke arah lokasi stesen pemancar (Google Map dan Google Earth boleh membantu anda mengenalpasti bearing yang tepat) untuk penerimaan isyarat terbaik.


No Syarikat Penyiaran Lokasi Stesen Pemancar
Frekuensi Pancaran
Wilayah
1. NATSEVEN TV SDN BHD BUKIT KERATONG,TELIPOK.
559.25
SABAH
2. NATSEVEN TV SDN BHD GUNUNG SERAPI,KUCHING
519.25
SARAWAK
3. NATSEVEN TV SDN BHD GUNUNG JERAI
599.25
UTARA
4. NATSEVEN TV SDN. BHD. GUNUNG PULAI
639.25
SELATAN
5. NATSEVEN TV SDN BHD BUKIT SUNGAI BESI
189.25
TENGAH
6. NATSEVEN TV SDN BHD TANJONG LOBANG
583.25
SARAWAK
7. NATSEVEN TV SDN. BHD. GUNUNG TELAPAK BURUK
591.25
SELATAN
8. NATSEVEN TV SDN. BHD. BUKIT PELINDONG
527.25
TIMUR
9. NATSEVEN TV SDN BHD SEBANGKOI
535.25
IBU PEJABAT
10. NATSEVEN TV SDN BHD BUKIT NYABAU
527.25
SARAWAK
11. NATSEVEN TV SDN. BHD. PERINGAT
551.25
TIMUR
12. NATSEVEN TV SDN BHD GUNUNG ULU KALI (GENTING)
599.25
TENGAH
13. NATSEVEN TV SDN BHD BUKIT SINGHALANG
519.25
SARAWAK
14. NATSEVEN TV SDN. BHD. BUKIT BESAR
527.25
TIMUR
15. NATSEVEN TV SDN BHD BUKIT LARUT
551.25
UTARA
16. NATSEVEN TV SDN BHD GUNUNG KLEDANG
543.25
UTARA
17. NATSEVEN TV SDN. BHD. GUNUNG LEDANG
583.25
SELATAN

Berdasarkan maklumbalas daripada mereka-mereka yang telah turut menghasilkan antenna ini, Net Gain yang tinggi dari antenna ini dikatakan membolehkan penerimaan siaran di kawasan sehingga 100km jauhnya dari stesen pemancar.

Sesuai untuk mereka yang tinggal di pinggir / di luar kawasan liputan, terutamanya di kawasan pedalaman yang sukar menerima siaran TV terestria  FTA.

Artikel Berkaitan:


Rekaan Antenna UHF Double Bay Gray Hoverman versi outdoor yang dihasilkan oleh Green, ahli rekacipta.net dari Kota Bharu boleh dirujuk di sini.

Manakala contoh di bawah pula adalah Single Bay Gray Hoverman Full Screen Reflector yang dihasilkan oleh Tinkerer, Maker yang lain. Versi ini dihasilkan juga menggunakan kombinasi paip PVC dan dibina untuk pemasangan di luar rumah (outdoor).
antenna_small

Selamat mencuba dan bereksperimen. Sebarang soalan dan komen adalah dialu-alukan.

24 comments:

Anonymous said... Reply To This Comment

Salam, Adakah prototaip rekaan saudara berfungsi dengan baik, mengikut lakaran asal pada link yg saudara beri, jarak elemen entena(dawai entena)dengan elemen pemantul(Jejaring keluli) adalah 100mm, pada prototaip saudara jeraknya terlalu dekat,(Contoh pada rekaan Gray Hoverman Full Screen Reflector yang dihasilkan oleh Tinkerer, Maker adalah mengikut jarak pada lakaran) harap maklum.

Chein said... Reply To This Comment

Terima kasih diatas komen tersebut.

Saya mengubah jarak antara elemen antenna dan pemantul bagi model yang saya hasilkan kepada sekitar 1cm berbanding 10cm sebagaimana yang dicadangkan dalam rekaan asal. Ini bagi meningkatkan gain menjadi lebih tinggi daripada rekaan asal.

Tidak digalakkan untuk pengunaan umum, namun ianya memberikan prestasi lebih baik jika ingin memperbaiki penerimaan saluran tertentu.

Anonymous said... Reply To This Comment

@Chein, knapa lambat balas komen, saya dah siap buat dah. hehehe

esok@lusa(hujan) nak try kat tv, ape2 perkembangan, saya post kat sini, Salam

Anonymous said... Reply To This Comment

Saya tinggal kat kota bharu,kelantan, Pemancar
TIMUR PERINGAT 551.25, berapa jarak sesuai untuk elemen antena dan pemantul, contoh saudara menggunakan jarak 1Cm, saudara tinggal kawasan mana dan berapa nilai Frekuensi Pancaran tempat saudara.( bleh saya buat rujukan dan perbandingan).

Mengikut profile, saudara tinggal di selangor BUKIT SUNGAI BESI 189.25( maknanya secara logik, semakin rendah nilai Frekuensi Pancaran, semakin dekat elemen antena dan pemantul).

ps: Alat penjimat Elektrik Saudara tak buat ujikaji ke?, saya berminat tentang hal tu(Mungkin orang lain pun). Kalau saudara nak buat ujikaji, saya ada satu cadangan@cara!(sya kurang kepakaran@ilmu elektrik), mungkin saudara berminat? Salam

Chein said... Reply To This Comment

Menarik! :)

buat mengikut dimensi asal ke atau dah di modified..?

Kalau ada foto antenna sekali, boleh ditampilkan rekaan awak kat rekacipta.net :)

Chein said... Reply To This Comment

Jarak antara pemantul dan elemen antena memberi kesan kepada "gain" dan "julat" frekuensi,
Ini tidak bermakna jarak tersebut perlu diubah jika tinggal di kawasan berbeza.

Untuk hampir kesemua situasi termasuk kes seperti saudara, hanya gunakan dimensi asal iaitu 10cm.

Anonymous said... Reply To This Comment

Terima kasih @Chein,

Saya dah pasang antena tu dan Hasilnya, saya amat berpuas hati kerana semua siaran memang jelas dan tiada gangguan. Untuk tengok gambar antena saya buat tu, saya dah post kat forum

http://forum.rekacipta.net/t14-contoh-antenna-diy-untuk-penerimaan-siaran-televisyen-uhf

Kepada @Chein, teruskan post dengan projek rekacipta terbaru, semoga berjaya

Zuly said... Reply To This Comment

Salam, saudara Chein... Saudara tak mahu jual ker Antenna DIY nee? Terima kasih (^_^)

Anonymous said... Reply To This Comment

Hai chein! saya berminat untuk cuba awak punya projek ni, problemnya saya kurang pasti bagaimana nak dapatkan part bagi antenna element tu. Boleh bagi tahu tak parts yang digunakan dan dimana boleh didapati? TQ..

Chein said... Reply To This Comment

Paip PVC, kayu dan jaring untuk elemen pemantul boleh dapat di kedai hardware biasa.

Dawai untuk elemen antenna sedikit sukar, ada yang menggunakan dawai penyangkut baju (kalau cukup panjang), dawai drpd pagar jaring (macam contoh antenna oleh Green di atas), dan lain-lain sumber (asalkan diperbuat daripada logam yang boleh mengalirkan elektrik dengan baik)

Anonymous said... Reply To This Comment

Boleh x saya beli dengan ana antena ini? Berapa harganya? DIY antena ni saya x tahu nak buat sendiri, kakat kedai elektronik pun xder, tpi berdasarkan pembacaan saya, DIY antena ni mampu menjernihkan siaran, khasnya saya dekat JB ni mesti lagi jernih TV Indonesia.

Anonymous said... Reply To This Comment

tahniah Chein,atas perkongsian. semoga anda terus mendapat idea unt berinovasi

Anonymous said... Reply To This Comment

saya turut berminat utk membeli antena diy anda,harap dpt email saya ttg harga.TQ

Anonymous said... Reply To This Comment

hai chein..sy hendak berminat nak mencuba.. tetapi sy kurang faham la tntang ukuran kayu di atas.. dan 1 lgi, sy hendak bertnyakn pendpt.. blh x kalau sy hendak membuatnya tetapi lebih kecil bebanding di atas?? indoor ...

Chein said... Reply To This Comment

@anon

Semua rekaan antenna kena ikut ukuran khususnya bahagian "antenna element"

Kalau dikecilkan/dipendekkan, tak akan dpt siaran dgn sempurna.

adam bertuah said... Reply To This Comment

boleh x saudara tunjukkan cara penyambungan wayarnya....

wan said... Reply To This Comment

antena nim boleh tgk siaran astro ke??

Adi Wangsa said... Reply To This Comment

Ada jual kat pasaran tak?

Ismael Idris said... Reply To This Comment

agak2..kalau saya duduk d kuala krai dapat tak chanel 7 8 9??

aku dan hati kecilku said... Reply To This Comment

Chien, could you please sell this item? saya hendak beli. malas nak buat..nak hadiahkan untuk bapa saya, untuk kedai makan dia..:)

mie said... Reply To This Comment

hi chien..mcmcn nak direct kan pemancar antena...honestly x tau Tentukan arah kedudukan/Lokasi Stesen Pemancar dari rumah (walaupun guna google map)..i area bukit gambir muar...pemancar adalah gunung ledang...or only menghala ke gunung tu sudah cukup..tqtqtqtq

ARIF said... Reply To This Comment

Saudara boleh cipta aerial yang lebih canggih lagi supaya kami di Malaysia boleh menonton tv singapura dan tv indonesia dan tv brunei secara langsung, dan aerial itu boleh dikomersilkan. Harus diingat parabola dilarang penggunaannya di Malaysia, sebab itu ciptaan aerial berkuasa tinggi ini amat penting. Saya percaya jika saudara boleh menciptanya dan mengkomersilkan dan di jual di kedai-kedai elektik di seluruh negara, saya tidak ketinggalan untuk membelinya, jika harganya berpatutan. terima kasih. teruskan daya cipta inovasi!

hafiz gsk said... Reply To This Comment

walaupon gua tak tengok tv sgt tp siaran TV penting, perlu ada di setiap rumah... menteri2 tak pernah ke terpikir nak masukkan perbelanjaan dlm bajet tahunan untuk Upgrade Transmitter dan memperbaiki mutu siaran percuma TV1/2/3/Ntv7/alHijrah/8TV/tv9 di seluruh malaysia?? sapa2 yg pakai antenna biasa untuk terima siaran punya azab nk dpt receive gmbar clear... nak tak nak tepaksa langgan astro.. ke dh depa kawtim awal2??...

ARIF said... Reply To This Comment

kenapalah kerajaan malaysia tak membenarkan parabola di Malaysia? pelik..kan tv seluruh dunia termasuk tv Malaysia sekarang boleh ditonton di internet dan juga boleh juga ditonton di Smart Tv ( bagi yang beli tv jenama smart tv.. pelik... apa yang kerajaan fikirkan sebenarnya? duit? keuntungan? atau apa? jika begitu bagi saja lesen kepada penjual dan pemilik parabola. kan..kan..kan..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...