Regulated DC Power Supply Secara DIY

Hack bagi menghasilkan Regulated DC Power Supply ini boleh dikatakan satu kemestian sekiranya anda kerap menjalankan projek rekacipta atau eksperimen elektrikal dan elektronik. Ia digunakan untuk membekalkan voltan dan arus secara malar tanpa had, maka anda tidak perlu lagi bergantung kepada bateri setiap kali menjalankan projek.

Harga Regulated DC Power Supply di pasaran boleh mencecah ratusan malah ribuan ringgit, maka ianya adalah amat bersesuaian jika anda mempunyai bajet terhad.

 

ATX regulated dc power supply1

Kelebihan utamanya ialah ianya mampu menghasilkan sumber voltan positif dan negatif ( 0V, 3.3V, 5V, 12V, – 5V dan –12V). Melalui kombinasi voltan positif dan negatif ini pula, anda boleh menghasilkan 8.3V, 10V, 15.3V, 17V dan 24V.

Jumlah arus pula bergantung kepada rating kuasa (Wattage) ATX PSU yang digunakan. Bagi model 250 watt, arus maksimum adalah sehinga 25A. Jauh lebih tinggi daripada menggunakan AC-DC Adapter.

Hack ini adalah berasaskan ATX PSU (Power Supply Unit). PSU adalah komponen yang digunakan bagi mengawalatur dan membekal tenaga elektrik kepada komponen-komponen di dalam sesebuah komputer desktop. Pada masa yang sama ia juga bertindak bagi melindungi komponen-komponen sensitif komputer daripada kerosakkan akibat litar pintas, power surge dan sebagainya.



Bergantung kepada rating kuasa (Wattage) dan model, sesebuah ATX PSU boleh dibeli pada harga serendah RM40-RM50 (baru) dan antara RM5-RM10 dalam bentuk surplus.


ATX regulated dc power supply2  
Kunci kepada hack ini adalah dummy load. Semua ATX PSU perlu disambung kepada papan litar utama komputer (motherboard) sebelum ianya dapat dihidupkan. Jika PSU mengesan ketiadaan motherboard, ia tidak akan dapat dihidupkan.

Oleh itu, bagi membolehkan hack ini berfungsi, PSU perlu “diperdaya” dengan dummy load dalam bentuk rintangan. Rintangan ini memperdaya PSU seolah-olah ianya telah disambungkan kepada motherboard. Saya menggunakan perintang seramik 10Watt sebagai dummy load.

Komponen-komponen dalaman.

Binaan di atas telah saya hasilkan lebih 6 tahun lalu. Sekiranya anda berminat untuk menghasilkannya sendiri, panduan binaan boleh dirujuk di sini.

Sebarang komen dan soalan adalah dialu-alukan

4 comments:

zam said... Reply To This Comment

mcm mcm aznil.....perghh baru terbukak bnyak minda aku nie...

kemahiran DIY/mcgvyer dah lama tak asah nie...

Anonymous said... Reply To This Comment

hi saya nak tanya, cm ne nak dapat dummy load, satu lagi nak pakai power supply yang mcm mana ye, power supply yang komputer punya tak kisah ke yang mana mana jenis

Chein said... Reply To This Comment

dumy load: Saya guna perintang 10watt 10ohm. Boleh dibeli di kedai komponen elektronik.

Pilih mana-mana satu wayar merah, dan satu wayar hitam (tak kisah yang mana) dan sambungkan pada perintang tadi. Dengan langkah ini shj pun, PSU sudah boleh di ON (tanpa perlu sambung ke motherboard)

Nico Magus said... Reply To This Comment

Cmne nk dptkn bnda ni eh?

Post a Comment