
![]() | ![]() |
Saya tertarik dengan rekabentuk TV Box rekaan watak Edward Nigma / Riddler di dalam filem Batman Forever di mana bentuk TV Box tersebut dirasakan cukup unik untuk diolah menjadi lampu perhiasan.

Manakala idea bagi manggabungkan rekabentuk lampu dan vorteks pusaran air pula timbul di hujung minggu yang bosan :)
Jika dilihat dari rajah skematik di bawah, konsep rekaan lampu ini sebenarnya adalah mudah. Mohon maaf kerana rajah di dalam bahasa inggeris. Ini kerana rekaan ini pada asalnya telah saya terbitkan di laman Instructables pada 2008.

Kipas penyejuk dijadikan sebagai pemutar. Magnet dari jenis Neodymium dilekatkan tengah-tengah kipas. Daripada rajah skematik, dapat dilihat objek yang di label sebagai stirrer. Ia adalah jalur logam (besi) yang berputar bersama putaran magnet. Ianya disaluti epoxy bagi mengelakkannya dari berkarat.

Menguji vorteks yang terhasil. Air suling digunakan bagi mengelakkan air menjadi keruh bagi tempoh masa panjang.


Sirip dipotong daripada plat plastik ABS dari sumber bahan terbuang. Sumber pencahayaan adalah 12 butir LED berwarna merah. Sumber tenaga bagi LED (dan kipas) diambil terus daripada soket bekalan elektrik rumah melalui 12V AC-DC adapter (tidak mengunakan bateri). Penyerak cahaya (diffuser) dihasilkan secara MacGyver menggunakan jalur polypropylene lut cahaya dan double sided-tape.
Sebarang soalan, pandangan dan komen adalah dialu-alukan.

Rekaan/karya ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. Anda bebas mereplikasi, meniru, mengubahsiah atau menghasilkan rekaan/karya terbitan dengan syarat rekaan/karya tersebut haruslah turut dikongsi secara terbuka (Share Alike). Rekaan/karya ini bebas digunakan untuk apa sahaja tujuan selain untuk tujuan komersil (Non Commercial), dan memberi pengiktirafan kepada laman rekacipta.net sebagai sumber rekaan/karya asal (Attribution).
32 comments:
Cool, mcm rupa spaceship pun ada jugak. Mesti cantik dalam gelap.
Terima kasih, tak perasan pulak rupa dia mcm spaceship :)
cool... tap nak tanye ckit..
1)gune magnet biase boleh x??
2)gune bateri boleh x??
3)stirer tu ade dlm air??
hai.. cool!!!
@anon -
boleh guna magnet biasa tapi kena guna motor yang berputar perlahan, pusaran air yang terhasil pulak adalah cetek.
boleh guna bateri , tapi tak tahan lama, mungkin 1 atau 2 jam.
stirrer tu dalam air.
terima kasih... :)
nk tnye lag.. kalo mgnet ditukarkan dgn elektromagnetic boleh x??
Memang boleh, tapi rekaan akan jadi lebih rumit dan sukar untuk dihasilkan. Untuk menghasilkan eletromagnet yang cukup kuat perlukan arus elektrik yang tinggi dan gegelung elektromagnet dengan lilitan wayar yang banyak.
Oleh kerana gegelung elektromagnet ini pula perlu berputar, maka perlu ada mekanisma commutator, jika tidak wayar yang membekalkan arus elektrik kepada gegelung tadi akan berpintal bila gegelung membuat putaran.
banyak lagi pertimbangan lain yang harus diambilkira jika menggunakan elektromagnet.
ouh.. ok..sy da bincang da dgn rakan sye.. sye pun terfikir bende yg same...hehe.. sye sbnrnye minat dgn projek ni.. sye nak buat projek ni untuk msuk prtndng rekacipta sempena minggu sains sekolah saye.. sye skarng berade di tingkatan 5.. sye tngk projek ni mmg cool..tap yg memeningkn saye skarng ni sye x de magnet noedymium..nak tnye ckit.. orng yg buat projek ni plajar universiti ke sekolah menengah??(respect) :D
lampu ni rekaan saya sendiri.
macam saya sebut di atas, kalau takde magnet neodymium, boleh cuba guna magnet ferrite biasa (spt magnet peti sejuk).
Asal dapat hasilkan pusaran, walau cetek pun takpe.. mungkin boleh cuba buat lampu vorteks versi mini..?
betul jugak.. thanks bagi idea kat sye..XD
bole tunjuk cara nak membuatnya ?
please tunjuk cara nak membuatnya dengan lebih jelas , saya betul2 berminat dan ingin cuba untuk membuatnya. Maklumat diatas belum cukup jelas bagi saya
salam.....
nk tnye..
mmg kne guna adapter ke?
pnghsln medan magnet mmerlukan pwer supply???
xphmmmm...or adapter dan medan magnet brlainan fungsi..
trima kasih...
adapter tu untuk jalankan motor kipas dan menyalakan LED sahaja.. kalau taknak, guna bateri pun boleh.
medan magnet dtg daripada magnet, bukan daripada adapter.
salam...sy nk tnye...bley x sy dptkn block diagram utk projek ni
salam....nk tnye stirrer 2 nk bwt mcm mne????
voertex yg dhsilkn xbrape smprna....
satu cara adalah bengkok kan dawai paper clip kepada bentuk "S". pendek atau panjang strirer juga memberi kesan kpd bentuk vorteks yang terhasil, jadi cuba dengan 2 atau 3 saiz stirrer yg berbeza
salam...nk tnyer skit...mcm mner dn ap pralatan yg sesuai untuk mnghlang air kluar kebawah...krna sy amt brmnt ingn mnghasil projek mnggunakan projek anda...krna ianya mnarik serta klihatan amat sesuai untk dijadikan mini projek sy..
sy tlah mncubanya nmun x mnjdi bntu lah sy...stirrer tdak brpusing...mngikut putran mgnet...itu yg mrunsingkn sy skrg nie...
@hafizan guna PTFE tape / seal tape untuk elak ketirisan. Pita ni ada dijual di semua kedai hardware dan biasa digunakan untuk kerja-kerja pemasangan paip. Boleh gogle "ptfe tape" untuk lihat mcm mana rupanya..
@hafizan kalau stirrer tak pusing ada 3 sebab, 1) magnet tak cukup kuat, 2) stirrer terlalu panjang/berat/besar, 3) gap/jarak antara magnet dan stirrer terlalu jauh maka medan magnet tak sampai ( mungkin plastik penutup terlalu tebal atau "air gap" terlalu besar, cuba guna penutup nipis atau rapatkan lagi magnet)
putaran vortex tdak trlalu kuat...sy kliru adkh disebabkan putaran kipas tdak trlalu kuat atau stirrer tdak ckup bsar...bntu lah saya
Salam , yang LED tu bah ,di manakah perlu diletakkan ? seperti tidak kelihatan pula selepas ianya berfungsi .
cikgu sekolah selalu pakai tandanama yang guna magnet. Ada dua biji magnet kat dalam tu. Dan medan magnetnya pun kuat. Saya cikgu, sebab tu la saya tau he he he. Kena la buat-buat baik kat cikgu korang.
ada tak projek yang hundred percent guna bahan terpakai?
Led dia x gna perintng kew?
Kipas tu nak dapt dri mna?
chen ada fon number tak.?na tnya lagi mendalam..
kipas dc brapa volt yg chein guna?
@Najmi Faidhi: 12v
boleh tunjuk tak cara buat ?
boleh tunjuk cara buat tak ?
Post a Comment