Fenomena IKEA Hack berkembang menjadi satu niche rekacipta dan inovasi tersendiri berikutan sifat modulariti produk-produk keluaran IKEA, serta kesamaan model-model produk yang dipasarkan meskipun di negara-negara yang berbeza.
Bahkan di sesetengah negara, IKEA Hack telah turut berkembang menjadi satu cabang industri kecil yang menjadi sumber pendapatan kepada golongan Tinkerer, Maker, Hacker, dsb peringkat akar umbi.
Ciri-ciri modulariti produk IKEA membuatkan rekaan dan pengubahsuaian mudah untuk dihasilkan, manakala persamaan model produk membolehkan sesuatu rekaan direplikasi dan ditambahbaik oleh mana-mana IKEA Hacker yang lain yang mempunyai akses kepada produk-produk IKEA (seperti di Malaysia).
Selain itu, perkongsian idea dan rekacipta secara open source di kalangan komuniti IKEA Hacker menghasilkan begitu banyak percambahan idea yang seterusnya membawa kepada pelbagai rekacipta produk yang cukup kreatif dan inovatif.
Jika anda berminat untuk meneroka dengan lebih lanjut rekacipta kreatif dan inovatif IKEA Hack, sila layari laman yang cukup terkenal, www.ikeahackers.net . Lebih menarik lagi, laman tersebut dihasilkan dan dikelola oleh warga Malaysia!
Unit rak dari model Gorm diubahsuai menjadi kerusi panjang (bench) dwi fungsi.
Gabungan 6 unit rak CD/DVD model Benno, bersama bidai model Anno Stra, dan pencahayaan menggunakan lampu model Grundtal

Rekaan rak dapur yang diubahsuai daripada kabinet model Ivar
Untuk maklumat dan panduan lanjut mengenai peralatan dan komponen bagi projek rekacipta perabot, anda boleh juga merujuk kepada:
- Komponen Dan Aksesori Perabot Untuk Projek Rekacipta
- Drill Press Untuk Kegunaan Bengkel / Makmal Di Rumah
- Gergaji Jubin – Pemotong Kos Rendah Untuk Projek Rekacipta
Sebarang komen dan soalan adalah dialu-alukan.
1 comment:
Wah, menariknya gabungan rak buku, bidai & lampu tu. Lagi cantik kalau dipenuhi semua ruang dinding untuk memenuhi semua buku2 saya =)
Post a Comment