Turbin Janakuasa Angin Mikro V1.0

Rekaan turbin janakuasa angin paksi vertikal bersaiz mikro untuk pemasangan di kediaman. Ini hanyalah rekaan versi awal dan ianya mampu menjana hanya sekitar 1W-2W pada kelajuan angin rendah dan sehinggga 3W (6V 500mA) pada kelajuan angin tinggi.


Pada ketika ini ia tidak menyimpan tenaga yang dijana. Saya berharap untuk menambahbaik ciri turbin angin ini untuk versi seterusnya. Ini termasuk menambah bateri simpanan, litar pensuisan dan pengecasan. Sebarang soalan, cadangan dan pandangan adalah dialu-alukan.


Turbin dibina untuk pautan dinding (wall-mounted)

 Versi table-top untuk memudahkan pengujian.






Latar belakang

Umum diketahui bahawa potensi sumber tenaga angin di negara-negara khatulistiwa adalah rendah. Di Malaysia, potensi sumber tenaga angin adalah paling tinggi di Sabah dan Sarawak, diikuti oleh Pantai Timur Semenanjung.



Di kawasan Pantai Barat Semenanjung, potensinya adalah paling rendah. Purata kelajuan angin di Malaysia adalah sekitar 10 meter sesaat (sekitar 10.8 kilometer sejam) ke bawah. Ini membuatkan penjanaan angin pada skala besar di kebanyakkan kawasan adalah kurang berdaya maju.

Kebanyakan orang (temasuk saya sendiri) tinggal di kawasan perumahan terancang yakni perumahan teres dan rumah pangsa yang mempunyai kawasan lapang yang terhad. Selain itu, harus diambilkira terdapatnya hadangan angin oleh bangunan sekitar. Faktor ini membuatkan rekaan turbin angin yang bersaiz kompak (mikro) sebagai satu pilihan yang terbaik.

Saya mensasarkan pendekatan yang minimalis dengan saiz yang cukup kecil dan ringan untuk pautan pada dinding rumah (wall mounted). Selain itu, isu hadangan bangunan boleh dililhat dari aspek positif di mana rekaan mekanikal turbin dapat diringkaskan secara signifikan. The less the moving parts, the better the reliability. Maka rekaan dapat dijadikan lebih ringan dan lebih praktikal untuk pemasangan di kediaman selain tidak memerlukan pemasangan pancang/tiang.

Tips: Saya sendiri tidak mempunyai Anemometer untuk mengukur kelajuan angin secara tepat. Teknik McGyver yang paling mudah adalah dengan bantuan kenderaan seperti motosikal atau kereta. Pegang turbin dan pandu/tunggang kenderaan pada kelajuan tertentu. Bacaan kelajuan kenderaan adalah bacaan kelajuan angin merentasi turbin (dengan syarat angin di persekitaran tidak bertiup pada masa tersebut).

Untuk membaca dengan lebih lanjut eksperimentasi dan proses trial and error yang membawa kepada rekaan ini, sila rujuk butiran eksperimentasi yang dijalankan


Hampir kesemua turbin angin mempunyai putaran bebas bagi paksi rewang (yaw axis). Ini mewujudkan keperluan  mekanisma untuk mengelakkan wayar daripada berpintal apabila turbin beralih arah berulang kali. Mekanisma umum adalah sama ada dalam bentuk slip rings atau cummutator manakala turbin angin komersil menggunakan mekanisma yang mengira bilangan pintalan dan meleraikannya secara berkala.

Sebaliknya saya menggunakan pendekatan bagi menghadkan rewang (yaw) kepada 180 darjah dengan mengunakan gegalas (bearing) penghad. Tiada lagi masalah pintalan (maka tidak lagi perlu untuk mewujudkan mekanisma mengelak pintalan). Mekanisma mengelak pintalan tidak praktikal melainkan turbin akan dipasang di atas bumbung rumah atau menggunakan pancang yang tinggi.

 Untitled

Arus yang dijana adalah arus ulang alik (AC). Rektifier digunakan untuk menukarkan arus AC kepada DC dan kapasitor peredam ditambah untuk melancarkan arus. Arus dan voltan yang dijana cukup untuk  menyalakan 20 butir LED (3.6V 20mA) atau lebih. Perlu ditambah perintang penghad untuk mengelak LED daripada rosak.

Turbin janakuasa angin - wind turbine (5)
Turbin janakuasa angin - wind turbine (4)
Turbin janakuasa angin - wind turbine (6)
Menyalakan 20 butir LED

Turbin janakuasa angin - wind turbine (3)
Rektifier dan kapasitor peredam.


Sebarang soalan dan komen adalah dialu-alukan.


Creative Commons Licence
Rekaan/karya ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. Anda bebas mereplikasi, meniru, mengubahsiah atau menghasilkan rekaan/karya terbitan dengan syarat rekaan/karya tersebut haruslah turut dikongsi secara terbuka (Share Alike). Rekaan/karya ini bebas digunakan untuk apa sahaja tujuan selain untuk tujuan komersil (Non Commercial), dan memberi pengiktirafan kepada laman rekacipta.net sebagai sumber rekaan/karya asal (Attribution).

9 comments:

Bayar Online said... Reply To This Comment

wah bro baik punya rekacipta... kat kmpung aku x ader elektrik lagi boleh guna benda ni kat sn..

sop said... Reply To This Comment

hasilnya berapa volt? adakah untuk 20 led, mungkin sekadar 20 atau 40 volt?

Chein said... Reply To This Comment

6V dan 500mA (3Watt) maksimum.

Jika menyalakan LED putih pada 3V 20mA, boleh menyalakan sehingga 50 LED (2 LED secara bersiri x 25)

Farhan Dahan said... Reply To This Comment

bro boleh bagitahu tak semua barang ni boleh dapat kat mana... nak try la cuti sem ni

Chein said... Reply To This Comment

@Farhan

Boleh rujuk di sini: http://www.rekacipta.net/2010/12/eksperimen-turbin-janakuasa-angin.html

azwan_zkidrock said... Reply To This Comment

boleh x bg sy nme2 peralatan yg digunakan untuk menghasilkan projek ini...berikan sy butiran lengkap...kerana sy amt berminat pada projek ini

free pc softwere said... Reply To This Comment

berapa harga generator biasa

sufi pey said... Reply To This Comment

macam mana nak buat dengan tambahan caj??

Erna Noor Syafiqah said... Reply To This Comment

boleh x sy nak litaR DAN cara projek ini dilakukan..boleh x emailkan kepada sy...mohon pencerahan ye..

Post a Comment