Peleraian Penyedut Hampagas (Vacuum Cleaner)

Meleraikan penyedut hampagas bagi mempelajari rekaannya dan meneroka bagaimana setiap komponen berfungsi.

Minat sampingan mereka yang gemar merekacipta adalah meleraikan barangan.

Peleraian (atau Take Apart / Teardown / Dissassembly) adalah salah proses bermain, meneroka dan belajar secara hands-on. Samaada sebagai sumber inspirasi untk projek rekacipta, sebagai proses reverse engineering, untuk sumber komponen, dan yang terutama sekali, untuk memenuhi rasa ingin tahu.

Semua produk baru di pasaran pasti akan dileraikan golongan ini. Sekiranya anda berminat melihat peleraian produk/barangan yang lain (daripada peti sejuk dan permainan Happy Meal sehinggalah konsol permainan Playstation 3 dan iPad) Youtube adalah sumber terbaik.

Mangsa peleraian saya pada kali ini adalah sebuah penyedut hampagas Phillips model FC8344/01 1400Watt.

vacuum cleaner disassemble 1

vacuum cleaner disassemble 2

Komponen dan bahagian di dalam sebuah penyedut hampagas.

Penyedut hampagas ini hanya terdiri daripada 3 komponen elektrikal sahaja iaitu suis, kapasitor kawalan dan motor AC. Kapasitor kawalan berfungsi untuk merubah fasa (phase) arus elektrik ulang alik (AC) yang dibekalkan kepada motor. Turut terdapat injap tekanan yang akan terbuka dan membenarkan udara masuk apabila tekanan menjadi terlalu tinggi. Ini bagi mengelakkan motor daripada rosak (blowout) apabila hos penyedut tersumbat oleh sesuatu ketika melakukan kerja.


vacuum cleaner disassemble 3

Perumah motor berfungsi untuk melindungi motor dan juga bertindak menyalurkan aliran udara ke ekzos. Udara seterusnya keluar di bahagian belakang badan penyedut hampagas.

vacuum cleaner disassemble 4

Bahagian hadapan motor AC dilapisi lapisan getah (warna putih kekuningan di dalam foto di atas) agar ianya kedap udara.

vacuum cleaner disassemble 7

      Kipas Pengempar (Centrifugal Fan) yang dapat dilihat daripada bukaan kebuk.

Bilah kipas ini melengkung mengikut arah putaran motor (Forward Curved Centrifugal Fan). Kipas jenis ini digunakan untuk mewujudkan kawasan tekanan rendah di bukaan kebuk melalui emparan udara.Kesan sedutan terhasil kerana wujudnya perbezaan tekanan antara bukaan kebuk dengan tekanan asmosfera yang lebih tinggi.

Secara umumnya, kipas pengempar digunakan untuk aplikasi yang memerlukan tekanan (tinggi atau rendah), contohnya di dalam leaf blower ataupun pengering lantai (yang biasa dilihat di dalam tandas-tandas awam). Ia berbeza dari segi aplikasi dengan kipas Axial Flow yang digunakan untuk aplikasi yang memerlukan pergerakkan isipadu (volume) udara yang tinggi, contohnya bilah kipas angin meja dan CPU Cooler.
 vacuum cleaner disassemble 6

Outlet bagi udara yang disedut berada di kedua-dua sisi bahagian belakang motor.

Jika anda mempunyai pengalaman peleraian apa jua barangan, peralatan dan objek, sila kongsi di ruangan komen atau di forum untuk pembelajaran bersama.

1 comment:

Anonymous said... Reply To This Comment

blh xbg litar skematik vacuum nie??

Post a Comment