Magnetic Loop Antenna Untuk Radio Amatur

Wednesday, November 3, 2010

Rekaan Magnetic Loop Antenna ini dihasilkan oleh seorang hammer dengan callsign 9W2DTR. Ianya masih lagi di peringkat untuk disiapkan namun konsep di sebalik projek rekaan ini cukup menarik untuk diketengahkan.

magnetic loop antenna

Gelombang radio adalah satu bentuk gelombang elektromagnet yang merambat pada kelajuan cahaya (lebih kurang 300,000,000 m/s). Gelombang pada frekuensi (F) tertentu, mempunyai jarak gelombang (wavelength) bersamaan  C/F. Di mana C adalah kelajuan cahaya.



Secara ringkasnya, bagi merekabentuk antenna (full wave), panjang elemen antenna (antenna element) perlulah bersamaan dengan jarak gelombang. Jika frekuensi gelombang adalah 28MHz, maka panjang antenna  adalah bersamaan 300/28 = 10.7meter.

Kelebihan Magnetic Loop Antenna adalah ianya mampu memendekkan panjang elemen antena yang diperlukan sehingga 1/10 jarak gelombang. Ini menjadikan rekabentuk antenna jenis ini sangat sesuai untuk kegunaan di kediaman dan kawasan yang berkeluasan terhad.

Elemen antena dihasilkan daripada tiub tembaga (copper tubing) elektrikal yang boleh diperolehi daripada mana-mana kedai yang menjual komponen dan bahan pendawaian elektrik.

magnetic loop antenna variable capacitor

Apa yang menarik adalah 9W2DTR menghasilkan sendiri kapasitor boleh laras yang digunakan sebagai penala (tuner) antenna ini. DC geared motor digunakan untuk menggerakkan pelaras. Butiran lanjut rekaan antenna ini boleh dirujuk di sini.

TIPS: Bagi mereka yang berminat untuk mula bereksperimen dengan rekaan antenna, anda boleh mencuba antenna dari jenis folded di-pole untuk penerimaan gelombang radio. Folded di-pole adalah antenna half wave (1/2 jarak gelombang) yang boleh dihasilkan dengan mudah daripada bahan-bahan terbuang. 

Selain menguji penerimaan siaran radio FM dan TV, anda juga boleh menguji antenna folded di-pole tersebut dengan alat permainan kawalan jauh (RC) dan untuk penerimaan isyarat Wi-Fi. Selamat bereksperimen!

4 comments:

Anonymous said...

Cerita la pulak bahayanya kalau guna antenna Magnetic Loop berbanding antenna biasa.

Chein said...

Terima kasih @anon

Kesan pendedahan kepada radiasi EMF daripada magnetic loop antenna sering diperdebatkan.

Kalau berdasarkan standard mandatori EMF yang dikeluarkan SKMM dan ICNIRP, tahap selamat had dedahan (power density) tidak melebihi 2 watt per meter persegi (julat 10MHz - 400MHz). Had ini umumnya tidak dilebihi jika berada lebih 2 meter dari antenna, namun hanya pengukuran menggunakan EMF probe dapat memberi bacaan tepat.

Di Malaysia, agensi yang mempunyai kepakaran dalam pengukuran ini hanya SKMM dan Agensi Nuklear Malaysia.

9m2fri said...

Good to see that this antenna is more in the picture in Malaysia today.
The first ones ever made showed up during the second world war and mostly used indoors .
I made it a long time ago and iam stil alive , however don't touch it when in use , Hf burn marks do need a long time to heal!
Although it looks simple to make it's a real hazzel to do it good , i.g. to bend the loop must be done with care otherwise Malaysian copper pipe (bought in Australia) does brake and to get the variable capasitor is a real crime , not for sail on Jalan Pasar!
To 9w2DTR , good onion mate and i do hope you got fun with it for the years to come , and for those who would like to build one themselve , this link:
https://picasaweb.google.com/109673894137714481295/ProjectBouwLoopantenne
They are made new today!

Chein said...

@9m2fri

Many thanks for the useful insight and thats a mean looking antenna you have there :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...