Wayar Ni-Chrome

Wayar Nichrome (Nickel-Chromium alloy) adalah wayar rintangan tinggi dengan tahap lebur tinggi. Rintangan menyebabkan wayar ini memanas apabila mengalirkan arus elektrik, dan tahap lebur yang tinggi (sehinga 1400 darjah Celsius) membolehkan ianya bertahan daripada putus (melebur).

wayar nichrome

Wayar Nichrome berguna sebagai elemen pemanas (heating element) bagi sebarang bentuk rekacipta pemanasan. Kawal jumlah arus elektrik yang melalui wayar dan anda dapat mengawal suhu pemanasan. Polystyrene cutter, pengering rambut  (hair dryer) dan soldering iron adalah satu contoh alat-alat elektrik yang menggunakan wayar Nichrome.

Saya sedang memikirkan projek untuk menghasilkan acrylic bender menggunakan wayar Nichrome sebagai elemen pemanas, namun pada ketika ini belum pun berkerajinan memulakannya :)

Selain itu wayar Nichrome juga boleh digunakan sebagai pencetus / penyala (igniter) contohnya bagi projek piroteknik dan roket bahan api. Demonstrasi menggunakan wayar Nichrome sebagai penyala dari Youtube




Malangnya, seperti kebanyakkan komponen dan bahan projek rekacipta, wayar Nichrome sukar diperolehi di Malaysia secara off-the-shelf. Wayar di dalam foto di atas saya temui di DAISO (rangkaian kedai serbaneka Jepun) di IOI Mall Puchong. Harga RM5.

Jika anda tiada pilihan untuk ke DAISO, maka anda mungkin terpaksa meleraikan beberapa unit polystyrene cutter, pengering rambut dan heat gun :)



Komponen elemen pemanas pengering rambut (hair dryer). Wayar Nichrome dipintal membentuk spring dan dililit sekeliling kerangka pemegang. Tujuannya adalah untuk menambah keluasan permukaan pemanasan. Komponen ini boleh diperolehi di kedai-kedai elektronik tertentu sahaja dengan harga sekitar RM28 - RM30 bergantung kepada rating kuasa (watt).



Jika anda mempunyai sumber alternatif off-the-shelf (bukan online) di mana wayar ini boleh diperolehi, sila berkongsi di ruangan komen.

2NXR6KYJ723Q

12 comments:

Anonymous said... Reply To This Comment

Guna tali gitar halus.

Chein said... Reply To This Comment

Terima kasih Anon, idea menarik! Tali gitar lagi senang nak dapat :)

waidah said... Reply To This Comment

tali gitar sama ke dengan wayar nichroome, cuba beli soldering iron, dalam 2 pon wayar nichrome kan,

Anonymous said... Reply To This Comment

pakai wayar soldering iron dgn hair dryer punya heating element, nak tanya tali gitar tu nichrome wayar ke.

Chein said... Reply To This Comment

@waida, @anon Tali gitar kalau tak salah adalah keluli. Rintangan tak setinggi nichrome, maka tak sepanas bila digunakan.

Dalam solder dan hair dryer memang ada nichrome, beza dalam hair dryer nichrome berbentuk coil (mcm spring) untuk lebih keluasan permukaan memanas. Dalam solder, nichrome lebih pendek.

Kalau nak lerai meungkin tak berbaloi, tapi bole dibeli komponen pemanas (heating element) hair dryer yg ada nichrome pada harga lebih kurang RM28 di kedai elektrikal/elektronik.

Anonymous said... Reply To This Comment

pembakar roti yang jenis lama,lebih kurang yg mcm dlam gmbr ni..
http://download.p4c.philips.com/files/h/hd2623_59/hd2623_59_rtv_.jpg

Chein said... Reply To This Comment

@anon Terima kasih atas tips tersebut!

Anonymous said... Reply To This Comment

Beli dari pembekal barang2 makmal sains sekolah.
Ada dijual wayar nikrom.

Lutsinar said... Reply To This Comment

Saya pernah menggunakan wayar lain yang berasaskan tungsten untuk DIY pemotong dan membuat bentuk gabus putih (yang biasa kita jumpai dalam pembungkusan alat elektrik) dengan hanya berbekalkan beteri sel kering 3v sahaja.

Anonymous said... Reply To This Comment

Agaknye sekarang ade lagi ke tak eh?Kat daiso.Nak buat experiment XD

GADIS CUPCAKECHERRY said... Reply To This Comment

klau utk pemanasan wayar nikrom ,5 volt ckup x ? atau brp volt sptutnya jy biar benda tu mnjadi ?

Chein said... Reply To This Comment

@GADIS CUPCAKECHERRY

voltan kisah sgt, 1.5v boleh, 3v boleh, dsb.. yang penting adalah arus.. untuk dapat arus besar, guna bateri besar contoh bateri saiz C, atau bateri saiz D (bateri yg biasa guna dlm lampu suluh tu) bukan bateri AA atau AAA.

Post a Comment